Nuffnang

Selasa, 29 Mei 2012

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Belum Sedia Dikahwini Kamal Adli

Posted: 29 May 2012 06:43 AM PDT

Intan Ladyana belum sedia dikahwini Kamal Adli ok? 3 tahun menyemai cinta Intan Ladyana belum lagi sedia dikahwini Kamal Adli maklumnya.

Intan Ladyana Belum Sedia Dikahwini Kamal Adli

Intan Ladyana kekasih Kamal Adli

Setelah lebih 3 tahun pelakon manis Intan Ladyana menyemai cinta bersama buah hatinya Kamal Adli.

Ketika berlangsungnya majlis pratonton dan juga sidang media filem Gerimis Mengundang semalam, pelakon manis itu telah turut turun padang untuk memberi sokongan moral kepada filem lakonan kekasihnya itu. Dalam filem tersebut Kamal Adli digandingkan dengan aktres Indonesia Olivia Jensen yang agak seiras dengan wajahnya.

Ketika pihak media bertanya sama ada wujudnya perasaan cemburu apabila melihat Kamal Adli berdampingan Olivia Jensen dalam filem arahan Ahmad Idham itu, Intan Ladyana ternyata berfikiran terbuka.

Nak cemburu kenapa pula. Saya langsung tidak menyimpan sebarang perasaan kurang enak terhadap gandingan mereka berdua kerana saya faham itu adalah tugas Kamal Adli sebagai pelakon dan saya yang juga sebagai pelakon perlu bersikap terbuka.

Dia (Kamal Adli) hanyalah melakukan tugasnya sebagai pelakon. Lagipun filem genre ini memerlukan dia memegang watak yang sangat romantik dan watak ini belum pernah dipegangnya lagi.Rasanya inilah peluang dia untuk membuktikan bahawa dia boleh melakonkan apa juga watak yang dipertanggungjawabkan" ujarnya optimis.

Intan Ladyana juga akur bahawa hubungan mereka pernah digegarkan dengan cabaran yang lebih hebat termasuk peranan media yang pernah cuba mengaitkan nama Kamal Adli dengan Olivia bagi mempopularkan filem berkenaan beberapa ketika lepas.

"Memang sebelum ini ada pihak media yang mengaitkan Kamal Adli dan Olivia. Tapi itu mungkin hanya salah satu cara untuk mempromosikan kemunculan filem berkenaan kerana ini memang teknik yang berkesan dan saya sentiasa menyokong dia dari belakang.

"Seperti yang saya katakan tadi, semua yang dilakukan Kamal Adli dalam filem ini adalah di atas dasar kerjaya. Kami memilih untuk mencari rezeki dalam bidang ini, jadi pahit atau manis bidang ini perlu kami telan bersama," katanya.

Ditanya di manakah kesudahan cerita cinta mereka berdua, bagaimanapun Intan Ladyana enggan menetapkan jangka masa tertentu kerana percaya dengan takdir Tuhan yang sememangnya sudah tertulis satu perancangan buat mereka berdua.

Namun sebagai kekasih, dia akan cuba menjaga sebaik-baiknnya hubungan berkenaan dan berusaha supaya berakhir dengan cara yang diredhai sebaiknya.

"Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah dan harus di buat tergesa-gesa. Banyak perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum kami berdua memutuskan untuk berkahwin.

"Sebagai wanita yang hidup di zaman moden, saya masih sedang berusaha mengumpul duit dan aset sendiri sebagai perlindungan dan bantuan di masa akan datang atau kecemasan nanti. Lagipun bukan mudah untuk menjadi isteri di zaman sekarang.

"Situasi sama juga dengan Kamal Adli, Bukannya mudah untuk bergelar suami. Tanggungjawab sangat berat dan pastinya simpanan juga perlu ada dan kukuh.

"Saya harap, biarlah perkahwinan itu nanti akan menjadi pertama dan yang terakhir dalam hidup saya. Tak perlu terlalu tergesa-gesa dan berakhir kepada penceraian," katanya.

Intan Ladyana Belum Sedia Dikahwini Kamal Adli – Hiburan @ forblogger.net.

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Intan Ladyana Belum Sedia Dikahwini Kamal Adli, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Respons

<b>Intan Ladyana</b> Belum Sedia Kahwini Kamal Adli

Posted: 29 May 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 29 MEI 2012: Sudah lebih tiga tahun setengah, pelakon manis Intan Ladyana menyemai cinta bersama buah hatinya, Kamal Adli.

Malah ketika berlangsungnya majlis pratonton serta sidang media filem Gerimis Mengundang semalam, pelakon Bini Biniku Gangster itu telah turun padang untuk memberi sokongan moral kepada filem lakonan kekasihnya, Kamal Adli dan aktres Indonesia, Olivia Jensen.

Ketika ditanya portal murai.com.my sama ada wujudnya perasaan cemburu apabila melihat Kamal Adli berdampingan Olivia Jensen yang mirip wajahnya di dalam filem arahan Ahmad Idham itu, Intan Ladyana nyata berfikiran terbuka.

"Nak cemburu kenapa pula. Saya langsung tidak menyimpan apa juga perasaan terhadap gandingan mereka berdua kerana saya faham itu adalah tugas Kamal Adli sebagai pelakon dan saya yang juga sebagai pelakon perlu bersikap terbuka.

"Dia (Kamal Adli) hanya melakukan tugasnya sebagai pelakon. Apatah lagi filem genre ini memerlukan dia memegang watak yang sangat romantik.Rasanya inilah peluang untuk membuktikan bahawa dia boleh melakonkan apa juga watak," katanya optimis.

Intan Ladyana juga akur bahawa hubungan mereka pernah dicabar dengan gangguan lebih hebat termasuk peranan media yang pernah cuba mengaitkan nama Kamal Adli dengan Olivia bagi mempopularkan filem berkenaan tidak lama dulu.

"Memang sebelum ini ada pihak yang mengaitkan Kamal Adli dan Olivia. Tapi itu mungkin salah satu cara untuk mempromosikan kemunculan filem berkenaan dan saya sentiasa menyokong dia dari belakang.

"Seperti yang saya katakan tadi, semua yang dilakukan Kamal Adli dalam filem ini adalah di atas dasar kerja. Kami memilih untuk mencari rezeki dalam bidang ini, jadi pahit atau manis perlu kami telan bersama," katanya.

Ditanya di manakah kesudahan cerita cinta mereka berdua, Intan Ladyana bagaimanapun enggan menetapkan jangka masa tertentu kerana percaya dengan takdir Tuhan yang sememangnya mempunyai perancangan buat mereka berdua.

Namun sebagai manusia, dia akan cuba menjaga sebaik-baiknay hubungan berkenaan dan berusaha supaya berakhir dengan cara yang diredhai.

"Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang harus diselesaikan sebelum kami berdua memutuskan untuk berkahwin.

"Sebagai wanita yang hidup di zaman moden, saya sedang berusaha mengumpul duit dan aset sendiri sebagai perlindungan dan bantuan di masa akan datang atau kecemasan. Lagipun bukannya mudah untuk menjadi isteri di zaman sekarang.

"Begitu juga dengan Kamal Adli. Bukannya mudah untuk bergelar suami. Tanggungjawab sangat berat dan pastinya simpanan juga perlu ada.

"Saya mahu, biarlah perkahwinan itu nanti akan menjadi pertama dan terakhir dalam hidup saya. Tak perlu terlalu tergesa-gesa sehingga membawa kepada penceraian," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan