Nuffnang

Sabtu, 26 Mei 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


Tangguh Perkahwinan, <b>Misha Omar</b> Masih Diganggu

Posted: 24 May 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2012: Setelah majlis bertunang pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar berlangsung dalam suasana yang sederhana, bakal ratu sehari itu sudah berjanji untuk tidak melupakan para rakan media dan mahu menjemput semua mereka bertandang ke rumahnya di Kelantan.

Namun begitu hal gembira yang satu ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baru yang masih belum diketahui.

Namun bagi Misha Omar, apa yang berlaku itu dianggapnya sebagai dugaan dan dilihatnya dari sudut positif.

"Siapa yang mahu perkahwinan ditangguh-tangguh. Keluarga kedua belah pihak juga bertanyakan hal yang sama.

"Tetapi kedua kami mempunyai alasan yang kukuh dan ia tidak akan ditangguhkan untuk jangkamasa yang panjang.

"Saya yakin, dalam hubungan kami sekarang dan kesefahaman yang wujud antara kami berdua, nyata memberikan saya kekuatan.

" Malah sejak bergelar tunangan orang ini saya lebih tenang.

"Penangguhan inipun memberikan kami berdua masa untuk memperluaskan kerjaya kami sekarang.

"Firos sedang menjalani latihan mengendalikan pesawat yang lebih besar dan saya tidak mahu fokusnya kepada kerjaya akan hilang.

"Jadi sedikit sebanyak perkara ini akan memberi peluang untuk kami merancang dengan lebih teliti untuk masa depan yang lebih baik,"ujar Misha mengenai penangguhan perkahwinannya bersama juruterbang MAS, Firos Ezzwan Rossly.

Berbicara mengenai majlis perkahwinan, Misha Omar hanya idamkan majlis perkahwinan yang ringkas.

Namun begitu, walaupun sudah bertunang tapi masih ada yang seperti tidak senang dengan status Misha Omar sekarang.

"Masih ada yang seperti kurang jelas atau tidak tahu tentang status saya sebagai tunangan orang kerana ada yang mahu mengganggu saya dan juga Firos.

"Tetapi saya anggap dugaan dan status saya sekarang ini membuatkan dugaan itu berlalu begitu sahaja dan godaan-godaan pun dapat ditepis dengan mudahnya,"ujarnya.

Misha Omar yang ditemui pada majlis memperkenalkan produk kecantikan yang telah mengangkat wajahnya menjadi jurucakap iaitu Shiseido, semalam.

Sebagai jurucakap kepada produk White Lucent, pada majlis berkenaan Misha berkongsi kepada umum produk yang sering digunakannya dalam menjalani aktiviti seharian dan Shiseido telah menamakan ia Misha's Choice.

Dia juga sempat bercerita mengenai album baru yang bakal menemui peminat tidak lama lagi dan sedang dalam proses rakaman.

Dengan penangguhan itu Misha Omar menggunakan masa yang ada untuk berkarya dan sebuah lagu baru, Angin Syurga kini sudah berputar di beberapa stesen radio dan internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan