Nuffnang

Ahad, 3 Jun 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Tandus Idea Nak Buat Gimik

Posted: 31 May 2012 12:07 AM PDT

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Faizal Tahir mengakui semakin ketandusan idea untuk mencipta gimiknya yang tersendiri setiap kali perlu tampil untuk membuat persembahan pentas.

Menerusi laporan mStar Online, Faizal juga mengakui disebabkan terlalu fokus untuk mencipta gimik yang hebat, keadaan itu membuatkan dia 'memakan' dirinya semula.

Disebabkan kerana ingin memenuhi permintaan peminat-peminat yang terlalu inginkan kelainan dan kehebatan dalam setiap persembahannya, ciptaan gimik membawa padah kepada dirinya sendiri.

"Kebanyakan orang mengenali Faizal Tahir kerana gimik yang dipersembahkan dan ia telah 'memakan' diri saya.

"Jujur dikatakan, saya sampai dah kehabisan idea untuk berfikir apakah gimik seterusnya yang perlu dibuat. Ia membuatkan saya tertekan.

"Ini kerana orang nak saya 'pecah rekod' daripada persembahan yang pernah saya buat sebelumnya," kata Faizal.

Tetapi, keadaan yang memerlukan dia mencipta gimik yang hebat terjadi sekiranya dia memenuhi persembahan yang melibatkan siaran televisyen (TV) sahaja.

Jika tidak melibatkan tontonan umum di kaca TV, Faizal akan memberi fokus dalam penyusunan lirik dan lagunya.

Dalam perkembangan seninya sekarang ini, Faizal bakal mengubat rindu peminat menerusi konsert pertamanya di KL Live, Kuala Lumpur, pada 1 Julai depan.

Dalam konsert tersebut, Faizal akan mendendangkan 10 buah lagu seperti Karma, Bencinta dan Hanyut yang menggunakan susunan muzik yang berbeza.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan