Nuffnang

Selasa, 3 Julai 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Ikrar Media: <b>ROSYAM NOR</b> MENGHILANG?

Posted: 03 Jul 2012 05:00 PM PDT

Rosyam Nor...sudah pon menjadi lagenda
Sebut sahaja nama Rosyam Nor, pasti ramai yang kenal aktor berbakat ini. Namun kebelakangan ini, nama Rosyam Nor semakin tenggelam apatah lagi muncul hero-hero baru masa kini seolah-olah menghilangkan terus nama beliau dari persada seni.
bersama 2 anak daranya..siapa berani?
Bukan sahaja di layar perak, di kaca tv juga, Rosyam Nor sudah jarang kelihatan..Kenapa ya? Kali terakhir kita dapat tatap wajah Rosyam Nor di layar perak adalah menerusi filem aksi komedi Libas yang kutipannya tidaklah seberapa. Adakah Rosyam Nor tidak lagi mampu memberi untuk pada produser lantas ramai tidak mengambilnya? Atau Rosyam Nor sudah berumur tidak layak memegang watak hero? Atau Rosyam Nor sendiri terlalu memilih watak?
Aksi Rosyam Nor dalam filem KL Gangster 2
Segala tanggapan-tanggapan ini bakal ditepis dengan kemunculan baru Rosyam Nor dalam filem Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2. Khabarnya dalam filem ini, Rosyam Nor benar-benar lepas gian dengan melakukan babak-babak aksi nya sendiri tanpa bantuan stuntman. Wahh..hebat juga pelakon yang sudah berumur 45 tahun ini. 
Selain itu, Rosyam Nor juga aktif dalam penerbitan drama dan rancangan tv melalui syarikatnya Suhan Movies. Antara rancangannya yang popular ialah Pilih Kasih, iaitu rancangan realiti tv mencari bakat-bakat baru lakonan tanahair. Selain itu Rosyam Nor juga menerbitkan drama dan filem. Di antara drama tv terbitannya yang mendapat sambutan hangat ialah drama bersiri Trilogi Cinta yang dilakonkan oleh beliau bersama Fouziah Ghous dan Amyza Aznan. 
Watak Salleh Mat Piah dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang memberinya anugerah Pelakon filem terbaik FFM 2008
Selain itu, Rosyam Nor juga terlibat dalam alih suara drama  dan filem antarabangsa iaitu siri Terra Nova terbitan pengarah tersohor Hollywood, Steven Spielberg dan filem animasi Dreamwork iaitu Ice Age 3. Rosyam Nor juga aktif dalam aktiviti bersama masyarakat seperti aktiviti bersama Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan memberi sumbangan untuk pelajar-pelajar tidak bernasib baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan