Nuffnang

Rabu, 1 Ogos 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Alami Fasa Kejatuhan

Posted: 19 Jun 2012 12:00 AM PDT

. . .

Remy Ishak menolak andaian kononnya dia sedang mengalami fasa kejatuhan sehingga menyebabkan filem lakonannya iaitu Aku, Kau dan Dia yang ditayangkan pada 28 Jun lalu gagal mendapat sambutan penonton.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, gosip negatif yang melandanya sejak kebelakangan ini bukan menjadi punca sesebuah karya itu merudum sebaliknya ia adalah trend yang sedang melanda industri perfileman negara ketika ini.

"Saya belum jatuh. Sambutan yang kurang terhadap filem bukan hanya berlaku terhjadap filem lakonan saya tetapi filem-filem lain juga pada tahun ini," katanya.

Remy diminta mengulas khabar angin kononnya peminat sudah tidak teruja dengan kehadirannya berikutan pelbagai gosip buruk melanda dia sejak kebelakangan ini sehingga memberi kesan terhadap kutipan filem Aku, Kau dan Dia.

Mengikut rekod yang dicatatkan Finas sehingga 9 Julai lalu, filem berkenaan mencatat kutipan kasar sebanyak RM150,000.

Remy berkata, sejak awal tahun ini, tidak banyak filem yang ditayangkan mencatatkan kutipan tinggi.

Katanya, faktor kejatuhan seperti yang diperkatakan itu adalah tidak benar sama sekali kerana sehingga kini dia masih mendapat banyak tawaran berlakon.

"Saya tidak merasakan yang saya sedang berada pada zaman kejatuhan tetapi kutipan yang tidak menggalakkan itu adalah berpunca daripada sebab-sebab lain," katanya.

Tambah Remy, kebanyakan syarikat produksi juga sukar untuk membuat ramalan apakah genre yang diminati oleh orang ramai agar filem yang dihasilkan itu mencapai kutipan boxoffice.

Sementara itu ditanya adakah dia bakal kehilangan peminat berikutan percintaannya dengan Tiz Zaqyah, Remy memberitahu dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah besar.

"Peminat sudah boleh terima kisah cinta seseorang artis itu dan setakat ini ramai yang memberi sokongan. Apa yang penting kami tidak menyembunyikan hubungan kami," katanya.

p/s:-Masalahnya dia ni main sebat je cite apepun…paling takleh blah cite Jiwa Taiko…Hollywood la sangat..cite paling hampeh tahun 2012..pengarah cite Malaysia ni plak, dah macam takda idea..jenis buat cite beromen je lebih.

VN:F [1.9.20_1166]

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

VN:F [1.9.20_1166]

ENTRY BERKAITAN:

  1. Gambar Remy Ishak Cedera Di Dahi Ketika Shooting
  2. Remy Ishak Tak Meninggal Hentikan Fitnah
  3. Remy Ishak Masuk Hospital Mengadu Tiz Zaqyah Layan Macam Sampah
  4. Senarai Filem Malaysia Top 20
  5. Ombak Rindu Kutip RM2 Juta Dalam Masa 72 Jam
  6. Berita Baik Untuk Orang Terengganu – LPT Fasa 2 Dibuka
  7. Soalan Dan Jawapan Mengenai Isu SBPA
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan