Nuffnang

Selasa, 7 Ogos 2012

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


<b>Sharnaaz Ahmad</b> Berazam Kawal Sikap Panas Baran | Media <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2012 08:21 PM PDT

sharnaaz ft

Sharnaaz Ahmad Berazam Kawal Sikap Panas Baran

Sememangnya memiliki sikap panas baran dapat memberikan kesan buruk dalam kehidupan. Namun, seharusnya kita perlu mencari jalan untuk menangani sikap tersebut. Begitu juga yang turut dialami oleh pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikatakan mempunyai sikap panas baran.

Melalui mStar, Sharnaaz memaklumkan dirinya berazam untuk mengawal sikap panas baran disebabkan kekasihnya iaitu Shila Amzah kurang gemar dengan tabiat buruknya itu. Jelas Sharnaaz:-

"Memang saya seorang yang sangat panas baran dan mudah melenting. Pada mulanya Shila agak terkejut dengan tabiat buruk saya itu. Namun, dia terima saya seadanya. Apabila melihat Shila sanggup menahan tabiat buruk ini, saya berazam untuk berubah untuk diri, keluarga dan dia."

Kami di pihak Mijamedia rasa berbangga dengan Sharnaaz Ahmad kerana sanggup berubah dan berazam untuk menangani sikap panas barannya.

Lagi Cerita Menarik

Sinopsis drama Bukan Bidadari | Nad zainal dan <b>Sharnaaz Ahmad</b> <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2012 06:41 PM PDT


Sinopsis Drama Bukan Bidadari

Inas merupakan seorang gadis yang manja, kaya dan sempurna tetapi keadaannya berubah setelah ayahnya meninggal dunia. Selepas kematian bapanya, kehidupan Inas tidak stabil. Inas dan ibunya Puan Hani yang dilanda kesedihan terpaksa berpindah ke kampung.

Untuk menyelesaikan masalah keluarganya, Puan Hani menyuruh Inas berkahwin dengan Arif, seorang lelaki yang kaya. Tetapi malangnya, Arif seorang lelaki yang kasar dan suka menyakiti Inas. Dugaan sering menimpa Inas sehingga Arif dilaporkan terbunuh dalam suatu kejadian ngeri. Inas mula merasakan kebebasan tetapi kebebasan itu hanya sementara apabila Arif kembali dan sebenarnya dia tidak meninggal dunia.
Mesti ramai dah tengok kan drama best ni kat Slot Lestary TV3 setiap Selasa 9 malam kan,memang best.Dah mula minat kat Nad Zainal dan Sharnaaz Ahmad.Okey ape lakonan diorang.Nad tu sweet sangat and muka dia memang fotogenik. LAGI CERITA DAN GOSIP ARTIS SINI.
Sharnaaz tu kan boyfriend Shila Amzah,you olls tengok gambar shila amzah bertudung,cun kan..cepatlah kawen diorang ni.. heee =)

Opss Media | Berita | Hiburan | Sukan | Pelbagai: <b>Sharnaaz Ahmad</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2012 07:25 PM PDT

Sharnaaz Ahmad Azam Tak Mahu Panas Baran Demi Kekasih

Pelakon Sharnaaz Ahmad berazam untuk mengawal sikap panas barannya disebabkan kekasihnya, penyanyi Shila Amzah agak kurang gemar dengan tabiat buruk itu. Sharnaaz berkata, dia sedar sikapnya yang mudah melenting menunjukkan sifat dirinya yang kurang matang dan boleh memudaratkan daripada segi kesihatan dan kawalan diri.

"Memang saya seorang yang sangat panas baran dan mudah melenting. Pada mulanya Shila agak terkejut dengan tabiat buruk saya itu. Namun, dia terima saya seadanya.

"Apabila melihat Shila sanggup menahan tabiat buruk ini, saya berazam untuk berubah untuk diri, keluarga dan dia," katanya.

Tambah Sharnaaz, dia berharap agar perubahan itu juga dapat menjadikannya kepada seorang yang lebih matang dan sabar dalam setiap dugaan yang dilalui. Sementara itu, Sharnaaz memberitahu, sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Shila, pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui oleh mereka berdua. Lebih-lebih lagi apabila gosip kemesraan mereka yang dianggap tidak manis dipandang orang membuatkan keluarga kedua-dua belah pihak turut dikritik sehinggakan ada yang meminta mereka agar segera bernikah.

"Walaupun terpaksa menempuh halangan iaitu kata-kata orang yang tidak senang dengan hubungan ini, kami masih lagi kuat untuk meneruskan percintaan ini.

"Berita-berita negatif yang dipaparkan di akhbar mengenai perhubungan ini juga sudah membuatkan kami lali dan tidak kisah dengan apa yang orang ingin katakan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz berkata, bulan Ramadan yang dilalui pada tahun ini begitu padat apabila dia terpaksa memenuhi banyak tawaran berlakon. Malah, seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, Sharnaaz akan memulakan penggambaran filem Darah Panas, terbitan White Merpati Sdn Bhd.

"Alhamdulillah, ini semua rezeki daripada Tuhan. Saya percaya keikhlasan pasti akan dibalas dengan keberkatan.

"Walaupun diduga dengan pelbagai kontroversi, saya bersyukur kerana masih lagi berdiri kukuh untuk terus maju dalam karier," ujarnya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem Bila Kerbau Berkubang, terbitan Astro.

Terjah lagi, artikel yang menarik : Hiburan, Sharnaaz Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan