Nuffnang

Selasa, 11 September 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> Gentleman Punca Anne Jatuh Cinta | OHBULAN!

Posted: 08 Aug 2012 11:41 PM PDT

Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28 mengaku kepada pihak Harian Metro bahawa beliau tidak pernah menolak jodoh andai ditakdirkan untuk berkahwin lagi. Ibu kepada tiga orang anak ini turut mengaku hubungan antara dirinya dan penyanyi yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz, 21 kini berada pada tahap serius, iaitu menuju ke jenjang pelamin.

Perbezaa usia selama lapan tahun, bukan penghalang untuk pasangan ini menjalinkan hubungan sejak lapan bulan yang lalu. Tambahan pula, keluarga di kedua-dua belah pihak turut merestui hubungan mereka.

Apabila bercerita mengenai detik perkenalan pasangan ini, Anne memaklumkan bahawa dia dan Aliff kali pertama bertemu di lokasi penggambaran telefilem "Cinta Kita," di mana pada ketika itu mereka digandingkan bersama. Menurut Anne lagi, pada peringkat awal perkenalan, status mereka hanya sekadar kawan biasa dan persahabatan tersebut akhirnya bertukar menjadi cinta sekaligus ke tahap mengenali hati budi masing-masing.

Bercerita mengenai ciri-ciri yang terdapat pada Aliff, Anne memaklumkan bahawa penyanyi lelaki tersebut seorang yang "gentleman" dan lebih matang daripada usianya. Selain itu, Anne mengaku bahawa sikap Aliff yang berani datang ke rumah untuk berjumpa dengan ibu bapanya, dan meminta izin mereka untuk membawa Anne keluar merupakan sebab mengapa Anne terpaut hati dengan Aliff.

Pada masa yang sama, untuk sambutan Aidilfitri yang akan datang, Anne dikatakan bakal menyambutnya bersama keluarga Aliff di Bukit Panjang, Singapura. Sambil berkunjung ke rumah Aliff, Anne turut akan beraya di rumah saudara-maranya di sana.

Untuk pengetahuan umum, sebelum ini Anne Ngasri pernah berkahwin dengan bekas suaminya, Abdul Wafi Hassan. Namun begitu, rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama kerana akhirnya bercerai. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4 dan Naszharah Afroza, 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan