Nuffnang

Sabtu, 15 September 2012

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Arja Lee</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 09:31 AM PDT


Pengajian Tamat, <b>Arja Lee</b> Bakal Konvo September ini

Posted: 01 Aug 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KL, 1 OGOS 2012: Gembira tidak terkata! Begitulah perasaan Arja Lee sebaik saja dia berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan selama 3 tahun di Universiti Sains Malaysia (USM).

Malah, aktor Arja Lee yang yang dicungkil bakat lakonannya menerusi filem ...Dalam Botol arahan Khir Rahman bakal menerima ijazah pada hari konvokesyennya yang dijadualkan berlangsung pada bulan September nanti.

"Syukur, Alhamdulillah kerana akhirnya dapat juga saya menamatkan pengajian saya ini selepas 3 tahun menimba ilmu di USM. Sebenarnya bukan segulung ijazah yang saya kejar tetapi apa yang lebih penting adalah ilmu yang saya perolehi sepanjang berada di sini.

"Kerana saya tahu ia pasti berguna apabila saya kembali menceburi bidang lakonan secara serius semula, termasuklah mengarah pada suatu hari nanti. Alhamdulillah, sekarang ini sudah ada penerbit drama yang memanggil saya untuk berlakon semula. Insya Allah selepas ini saya akan membuat comeback semula selepas sepi daripada untuk seketika," katanya kepada murai.com.my.

Hubungan Bkay Nair & <b>Arja Lee</b> Renggang Tanpa Sebab

Posted: 22 Jul 2012 05:25 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon Bkay Nair berasa pelik kerana hubungannya yang rapat dengan aktor Arja Lee kira-kira setahun lalu menjadi renggang dan terputus tanpa alasan yang kukuh.
Bkay atau nama sebenarnya Tryambikay Vengades, 30, berkata keintiman mereka hanya dapat bertahan untuk seketika sebelum hubungan itu berlalu begitu sahaja sehingga dia sendiri tertanya-tanya apakah puncanya.
"Saya pun tidak pasti mengapa kami jadi renggang walaupun sebelum itu kami memang rapat. Kami tidak bergaduh atau berselisih pendapat sepanjang berkawan.
"Apa yang saya sedar, selepas beberapa bulan, hubungan kami mempunyai jurang dan tidak lagi berhubung antara satu sama lain.
"Mungkin faktor jarak jauh kerana dia belajar di Pulau Pinang sedangkan saya di sini menyebabkan kami tidak berhubung dan terputus begitu sahaja," katanya.
Bkay berkata demikian selepas pelancaran syarikat perunding imej miliknya, Bkay Nair Resources di Changkat Bukit Bintang di sini, petang Khamis.
Katanya, faktor kesibukan dengan komitmen hidup masing-masing antara punca masalah itu berlaku.
"Kami langsung tidak pernah bertemu atau berhubung sampai ke hari ini sejak hubungan kami renggang. Kami tidak bergaduh cuma tiada keserasian barangkali," katanya.
Mengenai syarikat perunding imej yang baru dilancarkan itu, Bkay berkata dia sudah lama berhajat untuk mengembangkan minat dan pengetahuan dalam aspek kecantikan kepada cabang perniagaan.
"Sejak usia 19 tahun lagi saya sudah cenderung pada ilmu penjagaan kecantikan dan penampilan diri.
"Berkat ilmu dan kemahiran daripada kursus yang saya ceburi serta pengalaman dalam bidang seni dan peragaan, saya nekad untuk fokus pada perniagaan ini pada tahun ini.
"Kalau diikutkan syarikat sudah beroperasi sejak empat tahun lalu, cuma pada penghujung tahun lepas baru saya yakin untuk bergiat sepenuh masa," katanya.
Katanya, syarikat itu bakal beroperasi di lokasi baru di Damansara Utama dekat sini selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Untuk maklumat pakej dan harga kursus rundingan imej, boleh layari bkaynair.blogspot.com. [Mstar Online]

Respon

Dari Watak Gay, <b>Arja Lee</b> Berubah Jadi Kasanova

Posted: 26 Apr 2012 11:40 PM PDT

berita | Tempatan

Susunan oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2012: Teater berkonsepkan muzikal kian mendapat tempat dalam hati peminat teater tempatan. Ianya dapat dilihat dengan lambakan produksi tampil dengan idea yang bertemakan muzikal.

Malah, ia boleh dikatakan berjaya memberikan kelainan kepada senario teater tempatan selain menambahkan lebih banyak lagi peminat teater.

Selepas aksi berani menerusi filem kontroversi, '...Dalam Botol' , Arja Lee atau nama asalnya Azharudin Ramli telah mengembangkan sayap lakonan dengan memilih untuk berlakon dalam teater berjudul Kasanova.

Teater Kasanova ini merupakan satu projek tahun akhir Arja sebagai pelajar jurusan Seni Lakon dan Pengarahan dari Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM).

Teater semi muzikal ini merupakan arahan dari Azhar Jalil dan bakal berlangsung di Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia mulai empat hingga enam Mei depan.

Menarik tentang Kasanova, ia turut melibatkan beberapa artis popular tempatan seperti Farhan Azizan, Azrul Zaidi dan dijayakan oleh artis USM seperti Jumie Samsudin dan Aimy Aziz. Malah, Kasanova turut membuat penampilan khas dari Jeep Jazz Band yang diketuai oleh Profesor Madya Razif Mohd

Mengisahkan kisah hidup seorang lelaki kasanova bernama Jimmy (Arja Lee), penyanyi kelab malam yang mempunyai dua personaliti berbeza dan keliru dengan identitinya sendiri. Jimmy sangat terkenal dengan karaktor kasanova yang sentiasa dikelilingi ramai wanita telah berubah setelah bertemu dengan Tasya (Farhan Azizan).

Walau bagaimanapun, Jimmy dengan tabiatnya yang suka berubah angin setiap kali malam menjelma telah menimbulkan syak wasangka dan kekeliruan ramai orang termasuk kekasihnya sendiri.

Laguâ€lagu rancak seperti Rindu Bayangan, Burlesque, Big Spender, I Will Survive dan Sway yang disusun khas oleh Prof. Madya Razif Mohd (Jeep Mohd) bakal menggegarkan pentas Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang julungâ€julung kalinya diserikan dengan teater semiâ€muzikal bersempena projek Penilaian Tahun Akhir Lakonan dan Pengarahan, Pusat Pengajian Seni.

Untuk mengetahui apakah yang akan berlaku di akhir cerita ini dan siapakah Jimmy yang sebenarnya, jangan lupa datang menyaksikan teater semiâ€muzikal ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan