Nuffnang

Selasa, 18 September 2012

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


Mampukah <b>Kilafairy</b> Tawan Hati Aidil Aziz? | OHBULAN!

Posted: 04 Sep 2012 03:17 AM PDT

Bermula jam 10.30 malam ini, TV3 akan menyiarkan drama bersiri terbaru berjudul Saiful Nita lakonan Aidil Aziz dan Kilafairy. Drama 25 episod ini akan disiarkan di Slot Samarinda bagi menggantikan drama 7 Ramadhan sebelum ini.

Drama bersiri Saiful Nita ini merupakan terbitan produksi Pena Creative dan ia merupakan sentuhan kreatif daripada Sharifah Abu Salem. Selain Kilafairy dan Aidil Aziz, drama ini turut membariskan pelakon-pelakon terkenal yang lain seperti Arash Mohd, Mariah Faridah, Dato' Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Fauzi Nawawi serta Linda Hashim.

Kisah 'Saiful Nita' bermula apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan utama bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman.

Setelah genap sebulan menjalinkan pertunangan, Nita telah mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Namun begitu, Saiful enggan berbuat demikian sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.

Dalam masa yang sama, Nita telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan kekasihnya, Doktor Effendi. Selain itu, Nita juga telah mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Oleh itu, sebagai 'tunang' Saiful turut bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisinya.

Sejak itu, Nita mulai sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan mula menyukainya. Akan tetapi, dalam hati Saiful cuma ada Netty. Jadi, masih wujudkan perasaan sayang Saiful terhadap Nita dan siapakah yang menjadi pilihan hati Saiful? Untuk mengetahui cerita selanjutnya, jangan lupa menonton drama bersiri Saiful Nita setiap hari Selasa dan Rabu jam 10.30 malam, manakala pada hari Khamis jam 9.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan