Nuffnang

Selasa, 25 September 2012

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Isu Beri Nama Anak &#39;Cleopatra&#39; Dicemuh: <b>Que Haidar</b> Bersuara

Posted: 27 Aug 2012 07:55 PM PDT

..

Siapa tak sayang anak! Begitu juga perasaan pelakon, Que Haidar apabila baru-baru ini nama cahaya mata keduanya yang dilahirkan tiga bulan lalu menjadi pertikaian banyak pihak.

Ada yang mendakwa nama Tengku Cleopatra Haidar sangat kebaratan dan tidak sesuai diberikan untuk seorang yang beragama Islam, malah ramai yang menyarankan dia memilih nama yang lebih mencerminkan nilai Melayu dan Islam.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 33, yang juga memiliki dua orang anak bersama guru tarian, Linda Jasmine iaitu Qalif Khan (anak hasil perkahwinan pertama Linda) dan Tengku Ratu Haidar, 4,

Bercakap kepada Kosmo!, Que berkata sebelum beliau dan isterinya memilih nama itu, mereka sudah memikirkan baik buruk dan sudah memahami maksud di sebalik nama itu. Ertinya kekuatan bapa atau glory of father daripada bahasa Greek.

"Sebelum pilih nama itu, kami sudah memikirkan baik buruk dan memahami maksud di sebalik nama itu. Jadi apa masalahnya? Saya rasa tidak perlu timbul isu sesuai atau tidak sesuai nama yang saya beri kepada anak saya. Apakah nama yang sesuai dan melambangkan orang Johor atau orang Malaysia?",
 
"Tidak ada kena-mengena nama seseorang dan personaliti. Jika dibentuk dengan cara yang baik, maka akan jadi baiklah seseorang itu. Nama itu pun bukan membawa maksud sesuatu yang buruk. Contohnya nama bapa saya iaitu Tengku Haidar yang bermaksud singa, tapi bagi saya dia lelaki paling mulia dan baik yang pernah saya kenali dalam hidup. Jadi bukan nama orang yang menilai personaliti", tegasnya.

Meskipun banyak komen-komen negatif di internet berkenaan pilihan nama Cleopatra, namun Que tetap dengan pendiriannya dan tidak anggap perkara itu besar. Sebaliknya menganggap orang yang memberikan komen di internet, sebagai kurang bijak

"Saya tidak anggap perkara itu besar dan saya rasa orang yang memberikan komen di internet tidak berapa pandai. Anak saya seorang Islam dan saya sendiri yang qamat Tengku Cleopatra Haidar. Saya rasa tidak menjadi masalah,
 
"Saya menghiburkan masyarakat sejak usia 16 tahun lagi dan sekarang sudah tiba waktu untuk saya berasa gembira dengan keputusan dan kehidupan saya. Saya gembira memilih nama Tengku Cleopatra Haidar untuk anak saya dan keluarga saya juga gembira. Ini masa saya dan inilah saya sekarang! Saya gembira untuk memanggilnya dengan nama itu.

Pun begitu, Que mengakui berasa sedih dan terkejut apabila kebanyakan yang memberikan komen terdiri daripada kaum Melayu dan menganggap mereka berfikiran sempit. Namun segala tanggapan negatif itu tidak langsung memberi kesan kepada mereka sekeluarga.

Dalam perkembangan lain, Que yang agak lama tidak tampil berlakon baik di kaca TV mahupun di layar perak, berkata dia masih menunggu skrip dan karakter, pengarah dan pelakon lain menepati kriteria yang diinginkan. Bagaimanapun dia masih menantikan tayangan filem Rock 2 pada bulan Mac tahun depan dan ada terfikir untuk berlakon dalam beberapa buah teater lain, tapi belum diputuskan buat masa sekarang.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan