Nuffnang

Selasa, 25 September 2012

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


<b>Tomok</b> Lebih Matang 3 Bulan Bergelar Ayah | Malaysia Top Bloggers

Posted: 13 Sep 2012 09:07 AM PDT

Penyanyi Tomok mengakui pengalaman bergelar bapa sejak tiga bulan lalu menjadikan dirinya lebih matang dan bertanggungjawab dalam segenap aspek.

Pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 28, ini berkata, kehadiran anak sulung bernama Arrianshah Akid itu bagaikan satu rahmat yang banyak mengubah sikap dan pemikirannya sebagai ketua keluarga.

"Kehadiran Arrian adalah rahmat bagi saya. Dia mengubah hidup saya, menjadikan diri ini lebih matang dan berfikiran jauh mengenai masa depan kami sekeluarga.

"Saya perlu memastikan pendapatan untuk keluarga dan simpanan berada dalam keadaan stabil dan konsisten untuk jangka masa panjang. Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan lancar," katanya ketika ditemui mStar Online.

Arrian merupakan anak sulung Tomok dan Rahayu Abbas, 32, (Ayu). Mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Julai tahun lalu.

Tomok berkata, keterujaan bergelar bapa menjadikan dia lebih ringan tangan dan rajin menguruskan hal ehwal anak lelaki yang dilahirkan pada 29 Mei lalu itu.

"Saya cukup teruja apabila membabitkan hal ehwal anak. Pendek kata, saya langsung tidak kisah dan rajin menguruskan hal Arrian sama ada makan, pakai, mandi dan kerenahnya.

"Sejuk hati apabila setiap kali pulang dari kerja saya lihat dia tergelak dan bergurau. Fasa kehidupan saya sekarang adalah satu rahmat," katanya.

Ditanya mengenai filem kedua lakonannya Istanbul Aku Datang, Tomok berkata, pembabitan dalam lakonan sekadar untuk mengembangkan profil kerjaya.

"Saya memilih tawaran lakonan dan bukan ambil sembarangan demi kualiti dan impaknya kepada peminat. Pembabitan dalam lakonan bukan untuk beralih bidang tetapi untuk mewarnai profil kerjaya sahaja.

"Secara kebetulan, kepercayaan dan peluang itu datang, mengapa tidak saya mencuba. Dalam filem Istanbul Aku Datang, saya dapat pengalaman baru yang bermanfaat untuk karier nyanyian juga," katanya.

Selain membintangi filem arahan Bernard Chauly itu, Tomok turut menyumbangkan sebuah lagu berjudul Aku Datang yang bakal menjadi lagu tema filem komedi romantik itu.

Filem yang menggandingkan Tomok dengan Lisa Surihani dan Beto Kusyairi itu bakal ditayangkan pada 8 November depan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan