Nuffnang

Selasa, 30 Oktober 2012

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


Telefilem Kiblat Rindu (TV9) Sempena Aidiladha 2012 <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 09:18 PM PDT


Menceritakan tentang kasih sayang dan pengorbanan seorang anak kurang upaya terhadap ibu dan juga ayah angkatnya. Aidil, yang dilakonkan oleh Azhan Rani sangat menyayangi ibunya Leha (Dian P. Ramlee). Walaupun dia tidak sempurna seperti anak-anak lain namun, Aidil amat menyayangi dan menghormati ibunya.

Kehidupan mereka sangat bahagia sehinggalah Leha meninggal dunia dan menjadikan Aidil yatim piatu.Mail amat bersimpati dengan nasib Aidil dan telah membawanya tinggal bersama. Isteri Mail iaitu Senah merupakan adik Leha. Kehadiran Aidil tidak disenangi oleh Senah. Setiap kali Mail keluar bekerja, Senah akan mendera Aidil tanpa belas kasihan. Ini membuatkan Aidil bertambah rindu dengan arwah ibunya.

Hampir setiap hari Aidil menjenguk kubur ibunya dan menggenggam gambar ibunya sehingga menjadi lusuh. Jauh di sudut hati, Aidil menyimpan hasrat untuk ke Mekah kerana arwah ibunya dahulu sering mengatakan bahawa dia ingin pergi ke Mekah. Sehinggalah pada suatu hari apabila Mail pergi untuk menunaikan ibadah haji, Senah yang sudah terlalu membenci Aidil sanggup pergi ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Aidil sendirian di sana.

Kehidupan Aidil mula berubah apabila dia bertemu Pak Mat yang hampir dilanggar kereta. Pak Mat yang terhutang budi membawa Aidil pulang bersamanya lalu dijaga dengan baik oleh ahli keluarga Pak Mat. Walaupun nasibnya sudah terbela, namun impiannya untuk ke Mekah tidak pernah padam.

Lakonan
Azhan Rani, Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Wan Hanafi Su dan Mak Engku

Malam Aidiladha, 25 Oktober, jam 8.30 malam di TV9

Rating: 1.0/10 (1 vote cast)
Telefilem Kiblat Rindu (TV9) Sempena Aidiladha 2012, 1.0 out of 10 based on 1 rating

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Related posts:

  1. Qasidah Rindu Fatihah TVi (Astro 180) | Sempena Aidiladha 2011
  2. Telemovie Korban Haji (TV3) Sempena Aidiladha 2012
  3. Telemovie Menanti Saat Itu (TV1) Sempena Aidiladha 2012
  4. Telemovie Adinda (TV1) Sempena Aidiladha 2012
  5. Telemovie Panggilan Baitullah (TV3) Sempena Aidiladha 2012
  6. Telefilem Di Telapak Kaki Bonda TV3 | ASK 2012
  7. Senarai Rancangan TV3 Sempena Aidiladha 2011
  8. Telemovie Tersalah Cinta (TV3) Sempena Aidiladha 2012
  9. Senarai Telemovie Di TV1,TV2 & TVi Sempena Aidiladha 2012
  10. Telemovie Tali (TV2) Sempena Aidiladha 2012
  11. Kain Pelikat Acat TV9 | Skrin Aidiladha 2011
  12. Telemovie Satu Pengorbanan (TV3) Sempena Aidiladha 2012
  13. Telefilem Nur Ramadan TV3 | Terbaik Raya
  14. Telemovie Jubah Putih Kain Kapan (TV3) Sempena Aidiladha 2012
  15. Telefilem Taj Mahal Untuk Mama TV1
  16. Telemovie Mencari Wali (TVi) Sempena Aidiladha 2012
  17. Telefilem Telekung Buat Mama TV3
  18. Telefilem istimewa sempena Maal Hijrah di TV3
  19. Telefilem Peluang Kedua Cerekarama TV3
  20. Mengurai Rindu | Cerekarama Ramadhan TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan