Nuffnang

Selasa, 30 Oktober 2012

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


&#39;Pundi Kencing Dah Sendat&#39; – <b>Vanidah Imran</b>, Filem “Untuk Tiga <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 01:37 AM PDT

Itulah antara dialog yang digunakan oleh Vanidah Imran didalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, "Untuk Tiga Hari". Vanidah memegang watak sebagai seorang gadis yang mencintai seorang lelaki dan dia juga adalah seorang gadis yang mempunyai tabiat 'melatah'.

Sebagai sebuah filem yang diarahkan oleh pengarah box-office dan juga dari penerbit filem "Lagenda Budak Setan" dan "Ombak Rindu", filem ini bakal membariskan pelakon-pelakon hebat seperti, Afdlin Shauki sendiri, Ayu Raudhah, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ainul Aishah, dan juga Dira Abu Zahar.

Filem yang diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah ini mengisahkan tentang 2 orang pasangan kekasih yang telah berjanji untuk bersama setelah mereka berdua terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga masing-masing.

Zafrin ( Rashidi Ishak ) yang mencintai Ujie ( Vanidah Imran ) terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk berkahwin dengan Juwita ( Ayu Raudhah ). Manakala Ujie pula terpaksa berkahwin dengan Armi ( Afdlin Shauki ). Namun Zafrin dan Ujie telah berjanji akan bercerai dengan pasangan masing-masing selepas 3 hari.

Sepanjang 3 hari, banyak perkara yang telah berlaku, masing-masing cuba mempertahankan janji masing-masing. Namun, dapatkah Zafrin dan Ujie menunaikan janji mereka berdua? Adakah keduanya dapat menyempurnakan cinta abadi mereka?

Boleh dikatakan, ini adalah sebuah kisah cinta yang mungkin pernah terjadi didalam masyarakat. Namun, kita semua tidak akan menyangka perkara seperti ini boleh berlaku. Jodoh diperlakukan seperti mainan. Perkahwinan hanya sekadar drama. Kerana pentingkan diri, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Bagi OHBULAN!, filem ini adalah antara filem yang wajib anda tonton. "Untuk Tiga Hari" bakal dilancarkan dipawagam seluruh Malaysia pada 20 September 2012 ini. Jom tonton trailer selepas ini.

Kredit Foto : Suhaizul Izhar Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan