Nuffnang

Sabtu, 6 Oktober 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


:: Hopes is Harapan ::: Kisah Mak bersama Mawi dan <b>Fizo Omar</b>

Posted: 28 Sep 2012 08:16 PM PDT

Khamis lalu, mak mengikut rombongan ke Finas, Kuala Lumpur. Nak menjadi penonton rancangan Selami Jiwa Dato Dr Fadzilah Kamsah. Sebenarnya ini kali kedua mak ikut rombongan ke KL untuk emnjadi penonton. First time dulu, masa rancangan Karoot Komedia. Bayangkan, kami kena tengok episod Karoot Komedia yang mak menjadi penonton lebih dari 7 kali. Astro kan banyak ulangan. Memang tengok sebab nak spot muka mak je. So, korang boleh agak berapa kali kami akan tengok episod Selami Jiwa ni kan? Hehehe. 
Mak jadi penonton untuk 2 episod. So, kalau satu episod ulangan sampai 7 kali. Maknanya 14 kali kami akan tengok episod2 tersebut. Wah. Yang pertama Mawi sebagai tetamu jemputan. Yang kedua Fizo Omar sebagai tetamu jemputan. 

Mak dan Mawi. Mak memang minat sangat Mawi. Dulu masa Final AF3, sanggup dia dan geng2 dia ke Felda Taib Andak untuk tengok skrin besar, Padahal Mawi nya kat dalam TV kan. Then, mak pernah pergi Hi-Tea bersama Mawi. Masa tu Arwah Ayah Mawi ikut sekali. Tak dapat bergambar dengan Mawi, mak bergambar dengan Arwah Ayah Mawi. Pun boleh kan? Hehe

Ini dia Fizo Omar. Ramai yang kata muka Arwah Harun iras Fizo Omar. Ada sikit la.
Itu je coretan kisah mak saya. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan