Nuffnang

Khamis, 25 Oktober 2012

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


Promosi Pemberian Percuma <b>Hujan</b> Dilanjutkan

Posted: 24 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 23 OKT 2012: Di atas sambutan yang amat menggalakkan, portal Murai telah berbesar hati melanjutkan tempoh promosi pemberian percuma barangan eksklusif kumpulan Hujan yang telah bermula sejak 15 Oktober lalu. Sesi kedua promosi pemberian percuma barangan eksklusif Hujan ini telah dilanjutkan dari 22 hingga 28 Oktober ini.

Pemberian percuma barangan eksklusif kumpulan Hujan ini telah bermula 15 Oktober lalu dan kami di Murai telah menerima lebih 1000 penyertaan dari pembaca yang ingin menjadi peserta bertuah memiliki Album CD Terbaru Hujan, Sang Enemy dan kemeja-T eksklusif setiap seorang.

Untuk tidak menghampakan mereka yang kurang bernasib baik, sesi ini dilanjutkan sekali dengan cara penyertaan yang sama.

Caranya ialah anda perlu mengisi butiran diri anda dalam borang yang disediakan di SINI dan tekan 'HANTAR'. Sekiranya anda adalah peserta yang ke-10, ke-100, ke-300, ke-400 atau ke-500, anda akan digelar pemenang dan layak memenangi barangan-barangan yang disebut tadi.

Tempoh penyertaan untuk sesi kedua ini telah bermula semalam, 22 Oktober sehingga 28 Oktober ini. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan namun hanya berhak untuk menang sekali sahaja.

Para pemenang akan dihubungi untuk maklumat tuntutan hadiah di pejabat Murai (pihak penganjur berhak menukar proses pemilihan, jika perlu tanpa sebarang notis).

Hantarkan butiran anda di SINI sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan