Nuffnang

Jumaat, 19 Oktober 2012

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> &#39;Dating&#39; Bersama Remy Ishak Sebelum Terbang Ke <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 05:39 PM PDT

Maya Karin 'Dating' Bersama Remy Ishak Sebelum Terbang Ke NepalBukan pertama kali pasangan ini di'kaitkan bersama dan kini selepas masing masing kembali solo, nampaknya hubungan mereka kembali menjadi perhatian peminat.

Gandingan menjadi mereka dalam filem Cun pernah timbulkan spekulasi yang Remy Ishak pernah menyimpan perasaan cinta terhadap Maya Karin — dan dinafikan.

Peminat hiburan di forum Cari hari ini mendedahkan yang ada beberapa orang terserempak dengan pasangan ini sedang keluar bersama di pusat membeli belah The Curve.

Sekitar 10.00 malam tadi, beberapa status timbul di Twitter mengatakan mereka nampak Maya Karin & Remy Ishak sedang menikmati makan malam bersama di sebuah restoran.

"Remy Ishak sedang asyik dating dengan Maya Karin di Sakae Sushi, The Curve," tulis seorang pengguna Twitter sekitar 9.00 malam tadi, dan ya kami susun semula ayatnya.

Kami sangat pasti jika di'ajukan soalan tentang hubungan ini kepada mereka, jawapan berjumpa sebagai kawan biasa pasti menjadi penyelamat. Tidak mengapa, masing masing solo.

Dalam perkembangan berkaitan, Maya Karin bakal bertolak ke Nepal hari ini untuk menjayakan misi beliau memanjat gunung di'sana seperti yang di'laporkan media sebelum ini. Semoga berjaya & selamat pergi juga pulang buat Maya Karin. Remy Ishak sedia menanti di'sini. Eh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan