Nuffnang

Khamis, 4 Oktober 2012

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


<b>Sazzy Falak</b> Rasa Puas Terjun Menara Macau | MyNewsHub

Posted: 04 Oct 2012 06:31 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Shazzy Falak berasa puas apabila dapat melakukan terjunan di Menara Macau pada ketinggian 233 meter semasa penggambaran program Destinasi Cinta Bersama AirAsia baru-baru ini.

Sazzy, 31, berkata, dia telah lama memasang hasrat untuk membuat lompatan di menara itu yang juga terkenal sebagai lokasi "skyjump" kedua tertinggi di dunia selepas Stratosphere Skyjump di Las Vegas, Amerika Syarikat.

"Saya memang telah lama berhasrat untuk membuat terjunan di Menara Macau kerana saya memang gemarkan aktiviti lasak seperti itu. Peluang yang diberikan memang tidak saya lepaskan begitu sahaja.

"Tambahan pula saya memang tiada masalah dengan ketinggian membuatkan aktiviti itu sesuatu yang menyeronokkan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Sazzy, suaminya, Nazril Idrus, 38, turut melakukan terjunan itu walaupun mempunyai sedikit perasaan gayat.

Aksi Sazzy itu dapat dilihat dalam program Destinasi Cinta Bersama AirAsia yang bakal bersiaran di Astro Ria bermula 17 Oktober depan.

Ia akan bersiaran pada setiap hari Rabu pada pukul 10 malam.

Menceritakan pengalaman melakukan terjunan itu, Sazzy berkata, peserta hanya perlu berdiri di hujung platform dengan kedua-dua kaki terikat.

Katanya, debaran melakukan "skyjump" itu nyata memberikan cabaran luar biasa dan kepuasan akan terasa apabila semuanya selesai.

"Debaran itu memang ada tetapi terjunan yang hanya memakan masa 60 saat itu sangat menyeronokkan selain dapat menikmati pemandangan kota Macau yang menakjubkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Sazzy memberitahu dia dan suami gembira dapat menghabiskan masa bersama-sama selepas sibuk melayan karenah dua anak kembar mereka iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose.

Dia juga sudah bersedia untuk kembali ke pentas lakonan selepas hampir dua tahun menyepi daripada sebarang aktiviti. – mStar Online

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Rosyam Nor Patah Tulang Bahu Berlakon Filem Libas

Hanya Selepas 72 Hari, Kim Kardashian Bercerai

Artis, Golongan Muda Biadap, Kurang Ajar!

Scha Alyahya Jaga Ibu Sedang Sakit

Heroin Filem Tempatan Bergambar Bogel?

Adda Tak Mahu Status Suami Dicanang Lagi

Maria Farida Ranggi Di Super GT

Memang Saya Mahu Bercerai - Sasha

Siti Saleha Sambut Hari Raya Sendirian

Gaya Baru Miley Cyrus Dikutuk

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan