Nuffnang

Khamis, 8 November 2012

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b> Hamil, Azad Semakin Romantik | OHBULAN!

Posted: 02 Sep 2012 05:43 PM PDT

Menerusi laporan Sinar Harian bertarikh 2 September semalam, pelakon cantik dan juga sinonim dengan jolokan ratu air mata, Eira Syazira, 28, kini dikatakan telah hamil 2 bulan.

Ketika berkongsi berita gembira tersebut, Eira memaklumkan bahawa dirinya hanya mengalami alahan sewaktu di awal kehamilan. Namun begitu, alahan tersebut beransur hilang sejak memasuki Ramadhan lalu, dan kini dia sudah tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam.

Akan tetapi, berbeza pula dengan suaminya, Azad. Di mana Azad dikatakan telah mengalami alahan yang teruk, sehingga sering muntah di waktu pagi.

"Malah, pernah sekali, Azad mengidam memakan laksa dan sanggup mencari sehingga jumpa sedangkan sebelum ini dia tidak suka laksa. Manakala nasi kandar yang selama ini jadi makanan kesukaannya tidak lagi digemarinya," jelas Eira kepada pihak Sinar Harian.

Selain itu, Eira turut memaklumkan bahawa Azad berubah sikap menjadi seorang yang lebih lucu dan romantik.

"Bayangkan, boleh dikatakan setiap hari dia akan menyorok dan saya perlu mencari dia. Pernah kami sedang membeli-belah mencari pakaian bayi, tiba-tiba dia hilang. Mula-mula dulu saya cari juga, bila dah lama-lama saya buat tak tahu sahaja."

Merujuk kepada perkembangan terbaru, pada 6 September ini Eira akan memulakan penggambaran untuk sebuah telefilem siaran TV Alhijrah.

Sebagai rujukan, Eira Syazira dan Azad Jazmin telah melangsungkan perkahwinan pada 16 September 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan