Nuffnang

Ahad, 11 November 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Telefilem Tunggu Sekejap Lakonan <b>Fizo Omar</b> & Eira Syazira - Budiey

Posted: 31 Oct 2012 05:17 PM PDT

Slot Baharu Tribute P.Ramlee : Telefilem "Tunggu Sekejap" Temui Penonton TV1

Telefilem arahan Along Kamaluddin bertajuk Tunggu Sekejap yang membariskan pelakon popular , , dan menjadi pembuka tirai slot Tribute P.Ramlee yang mula menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM), 4 November, Ahad ini, jam 9.00 malam menerusi saluran TV1.

Berlatarkan kisah cinta dua darjat, telefilem terbitan & Trading Sdn Bhd ini mengisahkan Adli ke rumah Amirah untuk memberitahu kekasihnya itu dia telah diterima melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara. Tetapi malangnya kehadiran Adli ditolak mentah-mentah oleh bapa Amirah, Pak Manan yang menganggap Adli tidak setaraf dengan keluarga mereka yang berada. Walaupun teruk dipukul oleh Pak Manan namun Adli tetap mahu berjumpa dengan Amirah. Begitu juga Amirah walaupun telah kurung oleh ayahnya tetapi dia tetap cuba mahu membebaskan diri mahu bertemu dengan Adli.

Adli nekad mengubah kehidupannya saat dihina oleh Pak Manan yang menganggap kemiskinan Adli tidak mampu membahagiakan anaknya. Hinggalah mereka bertemu buat kali terakhir di stesen keretapi ketika Adli mahu berangkat ke Kuala Lumpur. Amirah berjanji akan menunggu kepulangan Adli.

telefilem Tunggu Sekejap

Tiga bulan selepas pemergian Adli berjaya merubah segalanya. Amirah telah dilamar oleh Fuad, anak penghulu kampung. Tetapi dia dengan tegas menolak pinangan tersebut dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan ayahnya. Begitu juga dengan Tok Penghulu sekeluarga yang menganggap Amirah telah memalukan mereka kerana menolak pinangan Fuad.

Satu hari Fuad nekad membalas dendam dan menggunakan cara kotor mahu mendapatkan Amirah. Dia menodai Amirah yang kemudiannya disahkan mengandung. Fuad berterus-terang kepada Pak Manan tentang perbuatannya. Pak Manan tiada ada jalan lain terpaksa mengahwinkan Amirah dengan Fuad.

Perkahwinan tersebut sedaya upaya dirahsiakan daripada pengetahuan Adli kerana tidak mahu pengajiannya terganggu. Amirah masih membalas surat dan email Adli seperti biasa seolah-oleh tiada apa yang berlaku. Namun satu hari Fuad terbaca email Adli dan memukul Amirah yang dianggap curang. Amirah kemudiannya keguguran setelah diterajang oleh Fuad.

Tindakan Fuad membawa Amirah tinggal bersamanya di Kuala Lumpur menambah duka dalam hidup Amirah. Dia diseksa dengan teruk oleh Fuad dan dipaksa melayan nafsu kawan-kawannya. Di depan keluarga mentuanya, Fuad bijak menyembunyikan rahsia kejahatannya. Namun bila segalanya terbongkar, Pak Manan telah dipukul dengan teruk oleh Fuad. Pak Manan jatuh sakit dan teringin memohon maaf daripada Adli atas kesilapannya dulu.

Saat Adli pulang ke kampung barulah dia menyedari segalanya telah jauh berubah. Dia yang tidak mengetahui situasi sebenar menuduh Amirah curang dan tidak setia. Amirah pula menjadi mangsa keadaan apabila Adli enggan mendengar penjelasannya. Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Adakah semudah itu untuk Fuad membenarkan keduanya menjalin kembali hubungan cinta mereka yang terputus di tengah jalan?

Bakal menyusul kemudiannya telemovie Getaran Jiwa (Michael Ang); Miang Buloh Keladi Birah (Bade Hj Azmi); Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Osman Ali); Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman); Jodoh Kita (Ismail Yaacob); Titisan Kasih (Rashid Sibir); Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah); Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Eirma Fatima) mengisi slot sama menampilkan pengarah-pengarah terkenal tanah air yang akan berentap untuk menghasilkan karya terbaik mereka pada Malam Anugerah P.Ramlee dijangka berlangsung tahun depan.

Penghasilan 10 telefilem mengisi slot Tribute P.Ramlee memaparkan plot cerita dan tajuk yang diolah daripada tajuk lagu dan senikata lagu yang pernah dicipta dan dinyanyikan legenda perfileman negara itu.

FIZO OMAR & EIRA SYAZIRA dalam Tunggu Sekejap

babak dalam Tunggu Sekejap

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fizo Omar dalam Drama Jersi 9
  • Gambar Pre Wedding Eira Syazira & Azad Jazmin
  • Penyanyi Rock Awie Jadi Hos Program Tunggu Sekejap
  • Gambar Eira Syazira dan Esma Danial Kahwin?
  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Gambar Fizo Omar & Ibu di Makan Malam Hari Ibu Rafflesia
  • Gambar Fizo Omar di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
  • Gambar Fizo di Karnival Karangkraf 2012
  • Gambar Fizo Omar di Red Carpet FFM23
  • EKSKLUSIF: Eira Syazira & Azad Jazmin Nikah 16 September Ini
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan