Nuffnang

Ahad, 11 November 2012

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Shila Enggan Komen Isu <b>Sharnaaz Ahmad</b> | MyNewsHub

Posted: 06 Nov 2012 12:53 AM PST

Beberapa hari ini, banyak laman portal termasuk Mynewshub.my ada melaporkan yang pelakon Sharnaaz Ahmad telah mencekik seorang krew produksi serta meninggalkan set pengambaraan untuk bertemu kekasihnya, Shila Hamzah.

Shila Hamzah yang baru saja dinobatkan sebagai juara Asian Wave 2012 turut terkena tempias mengenai hal ini enggan memberikan sebarang komen mengenai isu buah hatinya.

Menerusi Murai.com, hari ini, Shila memberitahu dia sememangnya mengetahui tentang tuduhan yang dikenakan terhadap Sharnaaz.

"Saya memang tahu apa yang berlaku kepada Shaarnaz. Namun, saya minta maaf kerana tidak boleh komen apa-apa.

"Saya sudah malas hendak memberikan sebarang komen kerana orang sering memutar belitkan apa yang kami katakan nanti.

"Jadi, baik saya mahu pun dia, kami hanya terima saja apa yang orang katakan tentang kami," katanya.

Tambahnya, sebagai kekasih dia sentiasa mendengar luahan rasa Sharnaaz, namun apa yang berlaku hanya pihak produksi dan Sharnaaz saja yang tahu.

Sharnaaz Dituduh Cekik Kru Produksi, Bakal Disaman – KLIK

Sebelum ini, dalam laporan Kosmo!, Sharnaaz didakwa telah menolak dan mencengkam leher penolong pengarah filem Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak.

Aktor itu marah kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian pengambaraan.

Sedangkan pada waktu itu dia mengejar masa untuk bertemu Shila yang bakal ke China.

Oleh itu, penerbit Darah Panas, S.Baldev telah mengambil tindakan undang-undang dan meminta Sharnaaz memohon maaf secara terbuka.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang kertas atau bukti sama ada Sharnaaz benar-benar disaman atau tidak.

S.Baldev mengulas segala pertanyaan bakal terjawab pada satu sidang media yang akan diadakan dalam tempoh seminggu lagi.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan