Nuffnang

Rabu, 14 November 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


Single Terbaru Tak Dapat Respons Baik - <b>Misha Omar</b> - Gua.com.my

Posted: 17 Oct 2012 05:49 PM PDT

"Single baru saya tidak mendapat respons yang baik." itulah kata-kata penyanyi bersuara merdu Misha Omar.

"Mungkin masa dia 'release' tidak bertepatan dengan masa, dan judulnya yang bertajuk 'Angin Syurga.' Lagu tersebut juga telah di 'upload' di youtube, mungkin belum nasib saya lagi," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini pada sidang media Anugerah Skrin baru-baru ini.

"Mungkin belum rezeki saya, mungkin ini adalah satu ujian yang besar, dan saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi sekarang," tambahnya lagi.

Kita juga sudah lama tidak mendengar khabar mengenai Misha Omar, sehingga membuatkan peminatnya tertanya-tanya di manakah Misha Omar dan dengan kesempatan yang GUA perolehi, ini komennya:

"Saya ada sahaja, dan masih memenuhi undangan nyanyian seperti biasa, tetapi saya cuma banyak buat acara seperti majlis-majlis tertutup dan saya kurang  'appear' di media," jelasnya.

Untuk pengetahuan peminat Misha Omar, beliau akan membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2012, yang berlangsung pada 9 November depan.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Anugerah Skrin, kerana sudi mengundang saya untuk membuat persembahan pada malam kemuncak dan saya berharap kesihatan saya pada masa itu baik dan dapat membuat persembahan yang terbaik buat peminat semua," ujarnya mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan