Nuffnang

Sabtu, 10 November 2012

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail!: Kredibiliti disiplin <b>Nur Fathia</b> dipertikai

Posted: 07 Oct 2012 12:07 PM PDT

Sukar dikikis label artis tidak berdisiplin daripada imej si cantik manis Nur Fathia Latiff yang kini mencecah usia 25 tahun. Malah, isu tidak menepati masa antaranya lewat datang sesi fotografi ibarat pelekat yang serasi dengan anak kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang itu. 

Entah mana silapnya, sebaik melangkahkan kaki ke dunia seni, satu persatu cerita kurang enak dikaitkan dengan pelakon ini. Puas berusaha memberikan lakonan terbaik dalam setiap drama dibintangi, namun perkara buruk juga yang mahu diperkatakan orang mengenai dirinya. 

Menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya setelah beberapa kali lewat hadir ke sesi fotografi majalah dan akhbar, kata Fathia, semuanya bersebab. 

"Adalah lebih elok untuk bertanya kepada pihak yang biasa rapat dengan saya contohnya kru produksi tentang tabiat dan cara kerja saya sebenarnya daripada terus menuduh begitu sahaja. 

"Biasanya, kalau saya lambat datang ke set penggambaran atau sesi fotografi saya akan memaklumkan terlebih dahulu situasi yang berlaku. 

"Mungkin kerana trafik sesak atau acara yang sebelumnya habis lambat. Untuk apa saya sengaja datang lambat? 

"Saya minta maaf sekiranya tindakan saya yang terlewat hadir ke beberapa sesi fotografi atau set penggambaran menyebabkan banyak pihak terluka. Selepas ini saya berjanji untuk memperbaiki kelemahan saya," katanya. 

Sebelum ini timbul kontroversi Fathia didakwa mengamuk di lokasi dengan membaling telefon bimbit kepada pengarah drama bersiri popular, Stanza Cinta. Beliau juga dikatakan mula 'letak harga' sehinggakan namanya digugurkan daripada membintangi sebuah filem. 

Fathia lantas menegaskan dia enggan dilabelkan sebagai seorang artis yang bermasalah akibat beberapa kesilapan yang dilakukan sebelum ini. Kesilapan yang pernah dilakukan Fathia itu bukan sekadar hanya merujuk kepada disiplin bahkan juga pemakaian busana ketika menghadiri sesebuah acara serta gambar-gambar lama yang dieksploitasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kesemuanya pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini. 

Bakal muncul dalam sebuah filem arahan Arjinder Singh berjudul "Darah Panas" pada tahun depan, ujar penuntut jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, dia terpaksa meletakkan garis panduan berpakaian atas faktor tidak ingin mengulangi kesilapan lampau. 

"Saya bukan simbol seks dan saya enggan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Saya akui berlaku sedikit pertengkaran ketika sedang menjayakan sebuah babak sebagai pelacur dalam filem Darah Panas kerana saya dipaksa memakai pakaian ketat dan menjolok mata. 

"Pada hari kejadian juga saya berkeras untuk menukar pakaian lain yang kurang seksi berbanding baju dan skirt paras peha yang diberi oleh produksi. Setakat itu had saya dalam berpakaian" tegasnya. 

Fathia menegaskan lagi, pada masa-masa akan datang dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian dan jika dikehendaki tampil seksi dia harus memastikan untuk tidak keterlaluan. Tidak lekang dengan isu masalah disiplin dan cerewet, kisah panas Fathia turut dilingkari dengan tindakannya menolak beberapa tawaran berlakon beberapa bulan lalu. Ia sekali gus dia didakwa berlagak dan 'pilih bulu' untuk berlakon dengan pengarah tertentu saja. 

Dia terpaksa menolak tawaran berlakon berikutan sibuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan. 

"Bidang lakonan pada mulanya untuk mengisi masa terluang dan menambah sedikit pendapatan sebagai seorang mahasiswa. Apabila timbul isu tolak tawaran dan pilih bulu, saya sebenarnya kecewa. 

"Selain berlakon tugas saya juga adalah belajar. Apabila tawaran itu datang ketika saya sedang sibuk untuk peperiksaan saya terpaksa tolak dan sejujurnya saya akui menyesal setelah menolak beberapa tawaran yang menarik ketika itu" katanya. 

Selepas selesai peperiksaan akhir semester dua bulan lalu, Fathia kembali ke set penggambaran beberapa produksi lakonannya dan jadualnya selaku penggiat seni hiburan tempatan kembali padat sehingga bulan Mac tahun depan.

Gambar <b>Nur Fathia</b> Latif di Karpet Merah Anugerah Skrin 2012 <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 06:34 AM PST

HOME | Arkib | Tentang Penulis | Hubungi | XML Sitemap | Advertise | Disclaimer | Subscribe | Add to bookmark (Ctrl+D)

© 2007 - 2012 Budiey.com (Sensasi Selebriti)

Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.

Sensasi Selebriti dijana oleh WordPress 3.4.2

<b>Nur Fathia</b> Abd Latiff Ghairah

Posted: 06 Nov 2012 02:05 PM PST

KEGHAIRAHAN mengejar cita-cita dalam dunia peragaan, membawanya ke suatu dunia penuh nista yang tidak pernah terbayang atau diimpikannya mahupun mana-mana wanita di dunia ini.

Gadai jual tubuh! Itulah pengalaman pahit terpaksa dilalui si cantik, Nur Fathia Abd Latiff, 25, dalam menghayati karakter menerusi filem terbarunya, Darah Panas arahan Arjinder Singh yang baru saja tamat penggambaran.

Biar imaginasi yang dibayangkan tidak berlaku dalam kehidupan sebenar, Fathia mengakui 'ketar' tubuhnya saat membayangkan diri terjerat dalam sarang pelacuran!

"Meskipun penggambaran tidak dilakukan di rumah pelacuran, sekadar membayangkan saja sudah cukup menakutkan saya. Bagaimana hendak membayangkan diri sendiri menjadi pelacur dan saya percaya tiada wanita sanggup meletakkan diri mereka serendah itu.

 
"Saya juga percaya, mereka yang terjebak dalam kehidupan seperti itu didorong keadaan yang mendesak selain terjebak sebagai mangsa sindiket.

"Namun, keberanian saya untuk menerima watak ini kerana saya melihatnya sebagai satu peluang untuk keluar daripada 'kepompong' mainan watak saya yang 'klise' sekali gus menyerlahkan sisi lain yang boleh dikembangkan dalam penghayatan saya," katanya.

Bicaranya diteruskan, perjalanan awal filem itu masih menuntut dirinya sebagai Syahana memakai tudung seperti kebanyakan drama yang pernah dibintangi, namun di pertengahan berlaku perubahan pada karakternya yang menjadi mangsa penipuan Fandi (Soffi Jikan) yang menjualnya ke rumah pelacuran sebaik tiba di Kuala Lumpur.

"Ada babak membayangkan seolah saya tanpa seurat benang, tetapi jangan salah faham itu 'camera trick' saja sedangkan saya masih berpakaian rona 'nude'.
Menjayakan watak ini menuntut saya melalui pelbagai perubahan graf emosi yang sememangnya sudah lama saya bersedia melakukannya.

"Saya keluar dari zon selesa seorang Fathia apatah lagi semangat saya itu disuntik oleh Soffi yang memang banyak memberikan tunjuk ajar khususnya membantu saya menzahirkan perasaan paling ikhlas dan lebih berimaginasi tatkala menghayati Syahana.

"Tidak keterlaluan saya katakan, Soffi setakat ini adalah aktor paling hebat pernah saya berganding sama. Saya tidak sabar untuk melihat hasil filem ini dan berharap ia lebih baik daripada apa yang dibayangkan kami (pelakon)," katanya.

Mengagumi dan sering menjadikan lakonan Ellie Suriaty dan Wan Maimunah sebagai rujukan, ujar gadis kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang itu, dia berjaya mendapatkan watak berkenaan selepas menjalani uji bakat.

Sempat memanjatkan rasa syukur apabila produser dan pengarah mula meyakini dirinya lasak diuji pelbagai watak sekali gus memberikannya peluang untuk menyerlahkan kemampuan.

"Saya ingin berterima kasih kepada TV3 kerana banyak memberikan peluang kepada saya. Bukan saja muncul di kaca televisyen tetapi juga menerusi watak yang ditawarkan. Paling menggembirakan, drama yang dibintangi saya sebelum ini Marhabah tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Skrin 2012, Sabtu ini," katanya.

Sebelum memasuki set penggambaran Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu, pelajar jurusan Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, itu baru saja selesai menjalani penggambaran telefilem, Cinta Halal dan Embun Di Hujung Kelopak, kedua-duanya untuk siaran TV3.

Cinta Halal yang turut menggandingkannya bersama Fahrin Ahmad, khabarnya bakal bersiaran pada sambutan Maal Hijrah nanti. Menerusinya, anak sulung empat beradik itu membawakan watak gadis bertudung namun punya sifat 'brutal'.

Menghala perbualan pada sisi yang lebih peribadi, Fathia, mempunyai beberapa bulan saja untuk menyempurnakan pengajian peringkat di UiTM, bagaimanapun tidak bercadang melengkapkan pengajian itu dengan mengikuti kursus Lembaga Penasihat Undang Undang (Lawyering Advisory Board/LAB).

"Bukan tidak mahu tetapi saya mahu berehat dulu, mungkin setahun kerana banyak perkara yang saya tidak mampu lakukan termasuk menolak tawaran lakonan kerana kesibukan saya sebagai pelajar.

"Justeru, saya ambil keputusan selepas tamat pengajian saya mahu berehat dulu dan melakukan sesuatu yang menjadi keutamaan saya kini. Tambahan pula, status saya yang masih bujang membolehkan saya menggunakan kesempatan ini untuk melakukan apa yang saya inginkan," katanya seiring ketawa kecil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan