Nuffnang

Jumaat, 16 November 2012

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Pierre Andre</b> Hampir Putus Asa - Gua.com.my

Posted: 15 Nov 2012 09:17 AM PST

Kemenangannya untuk Anugerah Yasmin Ahmad pada malam Anugerah Skrin 2012 baru-baru ini, membuka pintu hatinya untuk kembali berkarya.

Menurut Pierre Andre, dia hampir berputus asa dengan industri hiburan tanah air dan menanggap anugerah yang diterimanya pada malam itu sebagai petunjuk untuk dia meneruskan khidmat dalam industri ini.

"Ini merupakan anugerah yang pertama saya terima selepas 10 tahun dan ia menjadi petunjuk untuk saya berdakwah dalam filem", kata Pierre.

Tambahnya,"Anugerah paling bernilai yang kita ada adalah kalimah Laa 'ilaa haillallah, Jagalah kalimah ini dalam diri kita".

Pierre akan muncul dengan dua filem pada tahun depan.

&#39;Sudah jauh&#39; – <b>Pierre Andre</b> | buahmulut.com

Posted: 12 Nov 2012 08:57 PM PST

Foto Oleh : FARISH AYUB

"Apabila saya diberitahu memenangi Anugerah Yasmin Ahmad saya sangat terkejut dan saya rasa itu merupakan satu pentunjuk yang mengatakan saya patut berada didalam bidang ini lagi." Pierre Andre


Pierre Andre

"Sebab ada satu ketika saya hampir hilang keyakinan sebagai seorang pengarah dan anak seni, tapi ada benda lain yang buat saya kemballi ke bidang ini dan hari ini anugerah pertama yang saya terima setelah hampir 10 tahun berada dalam kitaran bidang ini dan ianya memberi saya lebih motivasi."

Pemenang Anugerah Yasmin Ahmad sempena ASK 2012 ini seperti sudah menemui sesuatu yang berharga didalam dirinya. Perwatakan dan tutur katanya menyerlahkan sifatnya yang kini mahu lebih dekat dengan Penciptanya dan berdakwah melalui dunia hiburan


Pierre Andre

"Seperti mana yang saya nyatakan di atas pentas sewaktu menyampaikan ucapan kemenangan ini ialah, anugerah yang paling hebat adalah kalimah "LA ILA HAILLALLAH" yang Allah Swt beri kepada kita untuk diletakan didalam hati kerana inilah kemenangan yang sebenar benarnya."

"Inilah sebab kenapa saya datang hari Anugerah ini, bukan sebab saya menang tapi sebab apa yang ingin saya katakan tadi kerana 'kita sudah jauh'. Dan Alhamdulillah Allah Swt permudahkan urusan saya dan dapat saya sampaikan diatas pentas.

"Bila orang mencari Agama mereka akan mula menolak dunia. Saya fikir pada mulanya saya begitu tapi sebenarnya kita ada keperluan lain didalam dunia ini jadi kita harus seimbangkanya." Ujar Pierre Andre yang kami temui di sidang media ASK 2012


Pierre Andre

Random Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan