Nuffnang

Isnin, 26 November 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


BEN ASHAARI: Penyamun serah diri pada <b>Saiful Apek</b> !

Posted: 25 Nov 2012 06:59 PM PST

Tergelak aku baca artikal dr Berita Harian ni ..

Seorang lelaki menyerah diri pada polis di satu sekatan jalan raya yg mana Saiful Apek terlibat sama menyertai operasi tu .. Tapi dia lebih pada nak edar risalah cegah jenayah jer ..

Lelaki yg mengaku dikehendaki polis tu terlibat dlm kes samun  memberhentikan motornya di bahu jalan sebelum menyerahkan kad pengenalannya dan meminta utk bergmbr dgn Apek terlebih dahulu sebelum ditahan pihak polis kerana disahkan punya rekod dikehendaki polis ..

Hehe .. macam tu punya pun boleh ? Kalau letak artis kpop ? Berapa ramai agaknya yg dtg serah diri ? Ke serah kewarganegaraan ???

Published with Blogger-droid v2.0.9

PENJENAYAH SERAH DIRI KEPADA <b>SAIFUL APEK</b>

Posted: 25 Nov 2012 04:45 PM PST

Penjenayah serah diri kepada pelawak Saiful Apek – gambar

Seorang penjenayah sanggup menyerah diri kepada polis selepas teruja ditahan pelawak dan pelakon, Saiful Apek, yang mengedarkan risalah cegah jenayah dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam

penjenayah serah diri saiful apek penjenayah serah diri kepada pelawak saiful apek

Apek mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada pengguna jalan raya ketika Ops Bayan (Pulau Pinang)

Lelaki berusia berusia dalam lingkungan 20-an yang menunggang motosikal itu mengakui dia dikehendaki polis selepas ditahan Saiful Apek atau nama penuhnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu

Minta Izin

Sejurus membuat pengakuan itu, suspek turun daripada kenderaannya sebelum meminta izin bergambar bersama Saiful Apek

Pemeriksaan polis kemudian mengesahkan suspek dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam kes samun

Saiful Apek berkata, dia pada mulanya hanya memberikan risalah kepada lelaki terbabit dan terkejut apabila lelaki itu memberitahu mempunyai rekod dikehendaki pihak polis dan rela ditahan asalkan dapat bergambar

Dia segera memberhentikan motosikalnya di bahu jalan sebelum menyerahkan kad pengenalan kepada polis dan meminta izin bergambar dengan saya sebelum ditahan

Saya terkejut dengan kejujuran lelaki itu dan tidak mampu berkata apa-apa melainkan menuruti hasratnya untuk bergambar sementara polis membuat pemeriksaan lanjut, katanya ketika menyertai Ops Bayan Pasukan Gerakan Am (PGA) Pulau Pinang di Jalan Permatang Tinggi

Saiful Apek berkata, pembabitan artis dalam aktiviti sebegini satu langkah bijak kerana mereka mempunyai peminat pelbagai lapisan masyarakat, selain dapat memberikan pendedahan sebenar mengenai tugas polis kepada artis

Saya yakin apabila kami mengedarkan risalah yang bertanda tangan, orang ramai tidak sekadar membaca risalah itu malah menyimpan sebagai kenangan, katanya – BH Online

FACEBOOK : Komen @ Kongsi Informasi Berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan