Nuffnang

Ahad, 23 Disember 2012

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Kisah Kejayaan <b>Kumpulan</b> Rap Malaysia : <b>KRU</b> | Nazambiz.com

Posted: 05 Nov 2012 06:40 AM PST

Ke tepi, ke tepi gergasi sudah kembali
Menerap revolusi tergempar industri
Dari 92 hingga 7 tiba
Perjuanganku aku akan tetap terus bersama

Kini irama bertahta membina empayar
Program utama untuk menakluk dunia
Tak gentar dengan misi walaupun kontroversi
aku rela mati dari hidup penuh hipokrasi

Setengah dekad daku mengembara
Setengah nyawa telah diduga
Namun tetap teguh bersama
Iramaku tak akan mati
Selagi membara semangat ini
Ku laung ku kibarkan panji
Semua punya misi sendiri

Antara permata dan kaca
Terpulang pada penilainya
Namun satu seni itu
Subjektif pada individu

Salam sejahtera dan salam kejayaan kepada anda semua…Macam mana ayat di atas ok tak? mesti anda tahu kan? pada yang tak tahu tu jangan risau nazambiz akan bagitahu. Ayat di atas tu ada lah dirik dari salah satu daripada lagu kumpulan rap Malaysia yang nazambiz minat dan tabik spring, kumpulan tu tidak lain dan tidak bukan adalah kumpulan KRU. Kumpulan yang mana ia ditubukkan pada era 90′an yang dianggotai 3 orang adik beradik iaitu Norman, Yusri dan Edry. Apa yang nazambiz tabik spring juga mereka ini lah yang membawa irama rap pertama di Malaysia. Apa yang nazambiz nak kongsikan disini bukan la berkenaan muzik, kontravesi, gosip atau apa lagi yang negatif berkenaan kumpulan ini, yang nazambiz ingin kongsikan adalah berkenaan kejayaan mereka mengukuhkan jenaman KRU bukan setakat di Malaysia malahan di Asia serta di Antarabangsa.

Daripada artis mereka bertiga kini bergelar usahawan. Jika anda ikuti perjalanan kejayaan mereka anda pasti akan sokong jika nazambiz katakan mereka bertiga telah setkan perjalanan kejayaan mereka ini daripada mula lagi. Ini dapat kita semua lihat yang mana semasa menjadi artis mereka telah menubuhkan KRU Productions yang beroperasi di rumah. Dimana ibu mereka yang tercinta iaitu puan Zarina AW Fenner menjadi pekerja pertama didalam syarikat mereka. Daripada situ la lahir artis pertama dibawah KRU Productions iaitu Feminin. Disini kita dapat lihat bagaimana kesungguhan mereka untuk membina jenama mereka dan sekarang kita telah dapat lihat semua itu, yang mana KRU Productions sekarang telah mempunyai 12 anak syarikat termasuk KRU Films, KRU Communications, KRU Music Group, KRU Publishing, KRU Media dan KRU Matrix dan mempunyai 60 orang kaki tangan.

Ini ditambahkan lagi dengan tertubuhnya KRU Studios Sdn. Bhd, dengan ini akan dapat lagi memperkukuhkan penjanaman mereka di Malaysia dan juga di arena antarabangsa. Kejayaan 3 anak muda ini membuktikan bahawa kita mampu berjaya walaupun berniaga dikalangan adik beradik. Mereka jelas tentang matlamat,kemampuan dan kelebihan yang ada dalam diri masing-masing.Kekadang bila nazambiz dengar lagu mereka nazambiz akui apa yang terdapat didalam lagu mereka itu telah mereka lakukan. Sekarang apa yang dapat katakan sekarang tidak salah kita mengambil semangat positif mereka untuk kita dalam mencapai kejayaan yang kita idamkan selama ini. Bak kat orang tua-tua "jika tidak di pecahkan ruyun mana nak dapat sagunya".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan