Nuffnang

Khamis, 31 Januari 2013

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


Rara Nasuha: BOH Muzik Tarik bersama <b>Bunkface</b> & Reza Salleh

Posted: 19 Dec 2012 10:56 PM PST

Pernah tak terbayang sambil menghirup BOH Teh 'O' Ais anda dihiburkan dengan persembahan bertenaga dari Bunkface dan Reza Salleh? Pernah tak? Pernah tak? Mesti tak pernah kan? Itulah yang aku alami malam semalam. Bagi mimpi pulak dapat tengok Bunkface & Reza Salleh perform secara live sambil menikmati keenakan BOH Teh 'O' Ais. Thank You BOH Tea Malaysia kerana merealisasikan impianku untuk menatap wajah Bunkface & Reza Salleh secara dekat. 
Ok kita flashback balik kejadian semalam. Terkejut ai tau bila Zureen(classmate ai lettew) tanya nak pergi tak tengok Bunkface dekat Restoran Agus. Rasa seperti mimpi. Betulkah? Ataupun Zureen tipu aku? Jadi lebih kurang pukul 7.40PM, Azreen dengan Pae datang ambil aku dan Zureen. Memang teruja tahap excited state. Rasa macam nak melompat-lompat keriangan saja. Petang tu aku dah charge bateri DSLR tau uollss. Sampai sana, register nama dapat dua tin BOH Teh 'O' Tarik dan cd lagi uolls. Lepas tu terus cari tempat. Luckily, kami sampai awal, so boleh la duduk depan. aumm! Sekali lagi rasa nak meroket ke bintang apabila terlihat hidangan bufet Nasi Ayam Penyet. My Favourite tau! Dalam hati *tak sia-sia aku datang. Dapat tengok Bunkface&Reza Salleh. Dapat melantak Nasi Ayam Penyet free lagi*. Sementara tunggu majlis start, MC pun beramah mesra la bersama tetamu yang hadir. Suruh-suruh nyanyi lagi. Then, si MC tiba-tiba stop dekat meja aku. Ditanya nama aku. Lepas tu suruh aku nyanyi*glupp glupp. tercekik sekejap anak tekak ni*. Habis lupa lirik lagu Bunkface yang selalunya sentiasa ada dalam ingatan ni. Sampai ke sudah aku geleng-geleng kepala taknak nyanyi. Mesti orang ingat aku ni tak sporting kan. Nak buat camna uolls. Otak ai tiba-tiba jammed. omaigadd. 
Lepas MC selesai beramah mesra, kami dijemput untuk menikmati hidangan sebelum majlis bermula. Apa lagi, serbuuu! Hamboii, nampak sangat kegolojohan aku kannn. Dari awal lagi duk menahan air liur ja tengok Nasi Ayam Penyet tu. Dah dapat peluang, melantak la sepuas hati. 
Jemput tengokkk. Mohon tergoda dengan keenakan Nasi Ayam Penyet ini
Selesai melantak, Reza Salleh pun memulakan persembahan beliau. Sejujurnya, aku tak kenal Reza Salleh ni sapa. Tapi suara beliau sangat sedap dan beliau pandai berinteraksi dengan tetamu yang ada. Lagu-lagu yang didendangkan oleh beliau memang best walaupun pertama kali dengar. Kira memang meletop la Reza Salleh ni. Kalau tak , takkan Pae boleh terjatuh hati kan. HAHA
Hamboii . Seronok betul dapat bergambar dengan Reza Salleh. 
Selepas Reza Salleh, giliran Bunkface mengambil alih. Omaigadd! Screaming! Terus tarik kerusi duduk depan sekali. Berbekalkan Tab Pae, aku pun mengambil gambar serta merakamkan video. Sing along with them. Rasa macam nak pergi dekat mereka untuk menyanyi bersama. Euww, gediknya saya! Bunkface super duper awesome dan sangat sporting! Dah habis perform, mereka dah cabut dah pun wayar dari gitar dan bass masing-masing, tapi penonton duk menjerit 'We want more! We want more!' . Mereka pasang balik wayar dan teruskan menyanyi. Lagu terakhir ialah Silly Lily. One of my favourite song. Rasa terharu apabila mereka nyanyi lagu tu. Paan pendek dan comel! Sam, kurus sangat. Youk sangat hensem dan comel!




Lepas habis show, sesi bergambar pun bermula. Terus aim nak bergambar dengan Youk. Oh Youk, anda kacak. I'm melting! Mereka ni sangat-sangat melayan peminat. Terasa dihargai. Selamber ja. Tak demand pulak macam apa yang media cakapkan. Low profile ja. 






Seperti mimpi jadi kenyataan tau semalam. Lepas habis tu, makan lebih banyak siap boleh tapau lagi bawak balik. Empat ketul ayam penyet aku bawak balik untuk dikongsikan bersama rakan taulan di blok. Semalam sampai tak boleh tidur tau teringat kejadian yang sangat awesome ni. hihihi.
Jadi uolls, boleh la pergi ke website BOH Teh 'O' Tarik ni. Banyak info yang anda semua boleh dapat di situ. Haa satu lagi jangan lupa like page BOH di feacebook tau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan