Nuffnang

Khamis, 31 Januari 2013

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Sharnaaz Cemburu Buta? <b>Shila Amzah</b> Akur Dengan Kesalahannya <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 04:10 PM PST

Shila Amzah, salah seorang penyanyi yang semakin mencipta nama di persada seni muzik tanah air dan antarabangsa , sekali lagi telah menerima dugaan yang dahsyat daripada cinta hatinya, pelakon Sharnaaz Ahmad yang melontarkan kata-kata kesat kepada Shila Amzah.

Kejadian ini didakwa berpunca daripada sikap cemburunya yang melampau apabila melihat kemesraan Shila Amzah & Taufik Batisah semasa membuat persembahan dan ia semakin melarat apabila penyanyi ini terlupa menyebut nama cinta hatinya itu semasa menerima trofi Artis Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2012 di Singapura, Ahad lepas.

Pada dasarnya ia hanyalah sebuah gurauan apabila Shila Amzah mengusik kekasihnya itu dengan kata-kata berbunyi, "Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya — dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya — saya tak tahu mana dia pergi" sebelum menyampaikan anugerah Lagu Terbaik. Bagaimanpun, kenyataan Shila Amzah itu mendapat respon Sharnaaz Ahmad  dengan kata-kata yang agak pedih lantaran mengundang spekulasi dari pelbagai pihak mengenai hubungan mereka selama ini.

OHBULAN! berkesempatan menemui Shila Amzah serta mendapatkan komennya mengenai isu ini sejurus tamatnya sidang media sempena "Konsert Shila Amzah Dan Malam Gala Amal Pamoga- Gaza" bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya. Menurutnya biarlah mereka berdua sahaja mengetahui perkara sebenar serta dia mengaku pekara seperti ini tidak wajar dilakukannya.

"Hanya saya dan dia tahu apa yang berlaku, dan perkara seperti itu memang tidak wajar saya lakukan. Sebenarnya, itu hanyalah satu gurauan dari saya dan kami sudah pun menyelesaikannya. Saya akui kesalahan saya dan saya belajar melalui kesilapan," ujarnya Shila Amzah dengan tenang.

Turut mengulas mengenai isu berkaitan adalah bapa Shila, ND Lala yang turut menemaninya ke majlis itu.

"Orang melihat dengan pelbagai tafsiran yang berbeza walaupun itu adalah gurauan semata-mata. Sebagai selebriti, orang akan memandang dia (Shila) dengan pelbagai sudut yang berbeza. Apa yang saya boleh perkatakan di sini, dia sudah mempelajari kesilapan yang telah dilakukannya dan berharap perkara ini tidak diperbesarkan. Kini, semuanya telah kembali seperti biasa," ujar ND Lala.

Sementara itu, Shila Amzah telah tercalon dalam World Music Award 2012 untuk kategori World Best Female Artist dan World Music Award 2012 yang akan diadakan pada 20 Disember di Miami, Florida. Namun visanya untuk membuat persembahannya di sana masih belum selesai sedangkan tinggal beberapa hari saja lagi untuk ke sana.

"Sepatutnya saya harus berada di sana sebelum 20 Disember. Tetapi buat masa ini, saya masih menunggu kelulusan visa daripada pihak kedutaan sebelum dapat membuat persembahan di sana," ujarnya lagi.

Foto: Suhaizul Izhar Ismail

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan