Nuffnang

Isnin, 14 Januari 2013

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


Wartawan Terserempak Kekasih <b>Pierre Andre</b> Yang Jelita | Menulis <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 06:30 PM PST


Alhamdulillah, sejuk mata memandang
Fendy: Sebuah perkongsian kepada umum dari blog ohbulan mengenai wartawan yang terserempak dengan Pierre Andre dan seorang wanita. Kita tidak boleh membuat spekulasi adakah dia kekasih Pierre Andre. Jika benar, mudah-mudahan mereka akan bernikah kelak. Jika tidak harap-harap ia bukan cerita atas cerita.
Ohbulan: Umum tahu Pierre Andre kini telah berubah sedikit demi sedikit dengan menyertai kumpulan jemaah tabligh. Di laman Instagram-nya juga dapat dilihat foto-foto Pierre menghadiri sesi ceramah agama di beberapa tempat. Menurut beberapa sumber media, Pierre telah pun menyertai kumpulan jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Namun, baru-baru ini bertempat di sebuah kompleks membeli-belah di Subang Jaya, sekumpulan rakan wartawan telah terserempak dengan Pierre ketika dia menaiki eskalator di bahagian bertentangan. Turut dilihat bersama Pierre Andre pada ketika itu adalah seorang wanita jelita yang kelihatan seperti kekasihnya.
Ketika terserempak, wajah Pierre terus berubah, namun pengarah filem yang juga anak kepada pelakon, Khatijah Tan ini tetap kekal tenang. Jika dilihat pula pada paras wajah wanita yang keluar bersama Pierre pada ketika itu, dia memanglah seorang yang sangat jelita dan penampilan wanita tersebut juga memang menarik.
Dulu, pernah dengar juga cerita bahawa Pierre Andre sudah merancang untuk berkahwin. Adakah ini wanita yang dimaksudkan? Jika benar, harap dipercepatkanlah perancangan masa depan ya. Bukannya apa, tak manis kalau keluar berdua bersama, tak sesuai pula dengan peribadi Pierre Andre yang kini sudah menyertai kumpulan dakwah.
Fendy: Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik kepada penghijrahan Pierre Andre...Hijrah itu satu perjuangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan