Nuffnang

Rabu, 6 Februari 2013

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


<b>Aizat Amdan</b> Akui Bidang Lakonan Bukan Jiwanya | MyArtis.My

Posted: 20 Jan 2013 07:22 PM PST

Aizat Amdan Akui Bidang Lakonan Bukan Jiwanya – Pasti peminat di luar sana yang menonton filem Istanbul Aku Datang pasti menyedari kelibat penyanyi, Aizat Amdan yang turut membintangi filem tersebut tetapi baru-baru ini Aizat mengakui bidang lakonan tidak serasi dengan jiwa beliau.

Aizat Amdan Akui Bidang Lakonan Bukan Jiwanya

"Saya mahu fokus kepada bidang nyanyian selepas ini bukan pada bidang lakonan. Terjun ke bidang lakonan hanyalah sekadar mencuba nasib dan saya rasa diri saya tidak sesuai dengan dunia lakonan," kata Aizat.

Menurut Aizat, persiapan untuk menyiapkan album terbaru sedang giat dijalankan dan bakal diterbitkan dalam masa terdekat yang menampilkan 12 buah lagu.

"Banyak kejutan di dalam album terbaru saya ini dan pasti membuatkan para peminat lebih enjoy ketika menyanyikan bersama saya."

"Album ini sudah hampir 60 peratus siap dan kebanyakan lagu ditulis oleh saya sendiri," ujarnya.

Tambah Aizat lagi, peningkatan usia yang semakin dewasa membuatkan beliau lebih matang dalam penulisan lirik mengenai kisah kehidupan.

Oleh: MyArtis.My

Tiada ulasan:

Catat Ulasan