Nuffnang

Selasa, 26 Februari 2013

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


BERITA ARTIS - ABPBH 2012 - <b>Fasha Sandha</b> Bersyukur <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 01:00 PM PST

"Alhamdulillah, saya bersyukur sekali dan tidak menyangka peminat-peminat masih terus mengundi sehingga tercalon ke Top 5, dan masih meminati lakonan saya walaupun sekarang ini saya sudah jarang menghiasi kaca televisyen," ujar Fasha Sandha ketika ditemui semasa Majlis Pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 semalam.

Antara projek lakonan terakhir Fasha sebelum tempoh rehatnya bagi menyambut kelahiran anak sulung adalah dalam drama bersiri 'Runtun Qalbu'. Drama siaran TV3 itu cukup meninggalkan kesan buat peminat-peminat yang mengikutinya.

"Untuk drama tersebut, ia memberikan impak yang amat besar buat saya dan juga peminat-peminat yang menyaksikannya, dan saya amat gembira di atas sambutan yang diberikan."

Meskipun tidak muncul di layar kecil, namun nama Fasha juga masih mendapat perhatian melalui ruangannya sendiri di akhbar pada setiap hari Sabtu. Penulisannya yang cukup kreatif dan matang dalam berbicara soal kehidupan dan cinta juga memungkinkan peminat-peminat mengingatinya.

Untuk ABPBH 2012, Fasha sekali lagi dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular bersama-sama Izara Aishah, Nabila Huda, Neelofa dan Siti Saleha.

Buat peminat-peminat Fasha, jangan lupa untuk membeli akhbar Berita Harian untuk terus mengundi Fasha dan artis-artis lain dalam kategori masing-masing sebelum malam kemuncak pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan