Nuffnang

Rabu, 20 Februari 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Teman Wanita Zalif Sidek Ganggu <b>Fida Ibrahim</b>, Halang Mereka <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 11:31 AM PST

Menurut laporan dari Kosmo! yang penulis dapat baru-baru ini, Fida Ibrahim mendakwa bahawa beliau mula diganggui oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Wanita tersebut menelefon serta menghantar SMS kepada Fida Ibrahim dengan kata-kata tidak sopan dan pedas.

Eh, mengapa pulak tiba-tiba jadi macam tu yer? Ni mesti ada sesuatu yang tak kena nie… lets check it out!

Apa yang penulis dapat dari informer penulis, Fida Ibrahim berkata hidupnya mula diganggu oleh wanita tersebut apabila hubungan rapatnya bersama Zalif Sidek diketahui ramai. Zalif Sidek?? Biar betul.. tak sangka pula Fida berkawan rapat dengan si Zalif ni.. huhuhu..

"Hidup saya tidak tenteram apabila cerita tentang hubungan rapat kami tersebar dan wanita tersebut yang mendakwa dirinya adalah teman wanita Zalif Sidek mula menganggu saya," ujar Fida.

"Selain dari SMS, wanita tersebut juga menelefon saya dan menghamburkan kata-kata tidak sopan supaya saya menjauhkan diri daripada Zalif Sidek."

Disebabkan beliau diganggu oleh wanita tidak dikenali ini, Fida Ibrahim berkata bahawa beliau tidak lagi membalas mesej dari Zalif Sidek dan beliau menganggap hubungan mereka kini tidak lebih dari sekadar kawan biasa.

Erm betul tu Fida, memang niat kita murni hanya sekadar berkawan, tapi awak faham-faham lah kan, si Zalif nie pun apa kurangnya semakin femes jugak dengan pembawakan wataknya yang sendiri…

Sabarlah Fida, lebih baik foreveralone, heheeh takdelah penulis hanya bergurau… jangan marah yer.. :)

apa pendapat korang yer? benar ke tidak dengan kenyataan ini?? Kalo korang ada info yang menarik berkaitan kisah diorang ini, korang boleh la tinggalkan komen di ruang komen yer.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan