Nuffnang

Khamis, 28 Februari 2013

Fina af - Google Blog Search

Fina af - Google Blog Search


“Saya Bukan Bermulut Puaka” – <b>Fina AF9</b> | OHBULAN!

Posted: 04 Jul 2011 10:29 PM PDT

Dilempar dengan pelbagai kenyataan berbaur kritikan dalam sebuah akhbar baru-baru ini membuatkan bekas finalis Akademi Fantasia 9 ini, Fina sedikit tersentak dengan dakwaan tersebut. Apatah lagi, gosip tersebut turut menyatakan bahawa Fina telah menabur fitnah terhadap Azri & Lena selain perasan diva apabila berlagak dalam satu sesi photoshoot bersama media.

Itu belum ditambah lagi dengan perisa sesetengah orang yang mula melabelkan Fina bermulut puaka, atau dalam erti kata lain "bermulut longkang". Ikutilah kenyataan balas Fina selepas ini.

"Saya tidak mengerti kenapa saya telah dituduh menaburkan fitnah terhadap kedua-dua individu berkenaan, sedangkan banyak lagi perkara penting yang perlu saya tumpukan. Maksud saya, sebagai orang baru dalam industri ini, terus terang saya lebih suka fokus terhadap kerjaya daripada melayan cerita-cerita yang tidak berasas seperti ini.

"Walau bagaimanapun, andai kata mereka terus menuduh bahawa saya yang menabur fitnah, itu terpulang kepada masing-masing. Bak kata orang, "we believe what we want to believe", " kata Fina memberikan respon mengenai tuduhan fitnah tersebut.

OHBULAN! :Bagaimana pula dengan sikap kekwat, perasan diva dalam sesi photoshoot bersama media sebelum ini?

"Sebagai orang baru, saya sedar bahawa banyak lagi kekurangan yang perlu saya perbaiki. Mengenai sesi photoshoot , saya ingin menyusun 10 jari & meminta maaf andai kata ada pihak yang terasa hati dengan sikap saya.

"Mungkin, saya tidak perasan atau terlepas cakap. Sebab itu, saya ingin meminta jasa baik pihak sesi photoshoot berkenaan untuk memaafkan diri saya. Saya tahu, mereka kesemuanya baik-baik, " jelas Fina yang kelihatan ikhlas meminta maaf.

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan