Nuffnang

Selasa, 19 Februari 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Kurakura.My » SERIUS : <b>ROSYAM NOR</b> BELI MCLAREN MP4-12 ?

Posted: 16 Feb 2013 08:30 AM PST

kereta rosyam nor

SERIUS : ROSYAM NOR BELI MCLAREN MP4-12 ? | Menerusi sebuah blog hiburan, dilaporkan pengarah dan pelakon berbakat besar, Rosyam Nor telah membeli sebuah kereta mewah Mclaren MP4-12 seperti yang digunakan di dalam sukan Formula 1.

Gambar yang diambil itu seperti menunjukkan Rosyam berada di sebuah perkarangan rumah.

Tidak dinyatakan maklumat lanjut mengenai perkara ini, tetapi tidak mustahil juga untuk Rosyam membeli kereta berkenaan.

Nampaknya rezeki Rosyam semakin melimpah ruah terutamanya apabila drama arahannya Setia Hujung Nyawa mendapat perhatian ramai.

Lihat gambar ini…

1

P/S : Kayenya jadi artis ni kan =)

Sumber : Here

<b>Rosyam Nor</b> Nafi Beli Kereta McLaren MP4-12C

Posted: 17 Feb 2013 05:29 AM PST

Rosyam Nor Beli Mclaren MP4-12C? Pelakon dan penerbit drama terkenal, Rosyam Nor semalam menafikan dakwaan bahawa dia membeli sebuah kereta mewah jenama McLaren MP4-12C yang dianggarkan berharga RM3.6 juta di negara ini.

Rosyam, 46, ketika dihubungi memberitahu, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu sebenarnya dipinjam daripada seorang rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.

"Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya," tegas pelakon filem Castello itu.

Menurut beliau, meskipun syarikat penerbitan miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. telah banyak menerbitkan drama dan filem tempatan, namun dia menyifatkan kejayaan tersebut belum cukup untuk membolehkan dirinya membeli super car seperti itu.

"Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa segala kejayaan yang saya peroleh melalui syarikat penerbitan itu adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk para pelakon dan pengarah yang telah banyak memberikan sumbangan serta idea dalam usaha kami menerbitkan drama-drama tempatan," katanya.

Semalam, sebuah blog hiburan tempatan melaporkan bahawa Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin telah membeli sebuah kereta McLaren MP4-12C yang dianggarkan berharga RM3.6 juta.

Turut dimuatkan dalam blog tersebut ialah sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang berada di pekarangan sebuah rumah sambil melihat ke arah kereta McLaren yang berwarna hitam itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan