Nuffnang

Rabu, 13 Mac 2013

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>fida ibrahim</b> kena serang dengan &#39;teman wanita&#39; - ammboi dot com

Posted: 02 Dec 2012 06:00 PM PST

Fida Ibrahim Kena Serang Dengan 'Teman Wanita' Zalif Sidek? | Alamak, cinta mereka baru sahaja nak berputik. Ada pula penghalang.  Entah mengapa seperti malang hadir bertimpa-timpa kepada Fida Ibrahim apabila cinta yang mahu dibinanya sering terkandas di tengah jalan. Belum pun lara Fida terubat dek kasih tidak kesampaian dengan pelawak Mamat Sepah, hubungannya yang baru terjalin dengan pelakon Zalif Sidek turut berdepan cabaran.

Menurut laporan Kosmo Online, Fida menjelaskan dia yang mula rapat dengan Zalif Sidek sejak sebulan lalu itu, hidupnya kini terganggu apabila seorang wanita menghalang daripada dia meneruskan hubungan rapat dengan Zalif.

"Saya tiada masalah apabila Zalif cakap dia mahu berkawan dan kenal saya dengan lebih rapat kerana saya mahu beri peluang kepada sesiapa sahaja selepas tiada hubungan dengan sesiapa. Tetapi sejak cerita tentang hubungan kami tersebar, hidup saya tidak tenteram apabila dia yang mendakwa sebagai teman wanita Zalif mula mengganggu hidup saya.

"Tidak cukup dengan SMS (khidmat pesanan ringkas), dia menelefon saya dan menghambur kata-kata kesat agar menjauhkan diri daripada Zalif. Saya jadi takut dan sebab itu juga saya tidak membalas BBM (mesej BlackBerry) yang Zalif hantar kerana tidak mahu masalah ini terus menjadi besar," katanya dalam laporan berkenaan.

Bagaimanapun jelas Fida yang trauma dengan masalah itu, dia menanggap hubungannya dengan Zalif kini sekadar seperti kawan biasa kerana tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

CARIAN BERKAITAN

  • fida kena serang (22)
  • fida ibrahim kena serang (11)
  • fida ibrahim diserang (10)
  • fida ibrahim di serang (6)
  • www temanwanita tk (4)

Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan