Nuffnang

Khamis, 21 Mac 2013

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


<b>Jehan Miskin</b> Pula Nak Kahwin | akupunyer lah! ©

Posted: 25 Feb 2013 08:41 AM PST

Jehan Miskin Pula Nak Kahwin |  "Tahun ni ada berita baik. Insyallah ada berita baik! Tapi saya tak boleh cakap lebih sekarang. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan," kata pelakon, Jehan Miskin apabila ditanya adakah dia akan menamatkan zaman solo pada tahun ini.
Memetik laporan Malaysiandigest, semalam, Jehan Miskin, 34, dengan spontan memberi reaksi sebegitu malah dia meminta peminatnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Mengenai perkembangan terkini pelakon bertubuh sasa ini, Jehan memberitahu dia sibuk dengan projek-projek komersial dan video koporat terbitan syarikat produksi miliknya, Mastermind Group.

Namun, itu tidak bererti yang dia sudah tidak aktif dalam bidang lakonan, cuma buat masa ini dia harus menumpukan perhatian lebih kepada pengarahan drama dan penerbitan program.

"Saya masih ada tawaran berlakon, tapi banyak yang saya terpaksa tolak. Kalau nak berlakon pun saya kena tengok juga pada masa saya.

"Kalau memerlukan saya beberapa hari di lokasi tak mengapa tapi jika sampai tiga bulan penggambaran, itu saya terpaksa tolak," jelasnya. - MYNEWSHUB

Quote:

Tiada kata untuk pagi ini..

_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan