Nuffnang

Selasa, 16 April 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Peminat <b>Adi Putra</b> Pertikai Keputusan ABPBH2012 |

Posted: 14 Apr 2013 06:54 AM PDT


Baru seminggu ABPBH2012 berlangsung, hari ini kecoh di Twitter apabila peminat Adi Putra mempertikaikan keputusan yang telah diumumkan. Penganjur majlis tersebut, Kak Cham telah diminta memberi penjelasan mengenai jumlah undi sebenar yang diterima oleh para pemenang ABPBH2012.

abpbh2012

Menurut info yang diberikan oleh peminat Adi Putra yang bergelar 1HotLovers, jumlah undian yang dihantar oleh mereka melebih 42,000. Namun begitu, di dalam BiPop hari ini, jumlah undian untuk Adi Putra dimaklumkan hanya sekitar 24,000. Ini menyebabkan peminat-peminat Adi Putra mempersoalkan cara pengiraan undi dilakukan.

adi putra

Tambah mengkagumkan apabila peminat Adi Putra turut sama berkongsi gambar-gambar suratkhabar Berita Harian yang mereka beli semata-mata untuk mengundi pelakon kegemaran mereka itu.

adi putra

Menurut Kak Cham pula, sebelum keputusan diumumkan, pihak Media Prima telah melakukan audit untuk memastikan keputusan adalah telus. Namun jawapan tersebut masih tidak memuaskan hati para peminat Adi Putra. Mungkinkah banyak undi yang rosak? Mungkinkah ada konspirasi pengiraan undi? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada mereka yang terbabit.

UPDATE: Peminat Adi Putra memaklumkan yang mereka mempertikaikan pengiraan undi terhadap Adi Putra dan bukannya keputusan yang telah diumumkan. Ini kerana jumlah undi yang diumumkan adalah tidak sama dengan apa yang telah mereka hantar.

Baca Yang Ini Pulak:-


BERITA ARTIS - Peminat Bising, <b>Adi Putra</b> Tarik Diri - Gua.com.my

Posted: 15 Apr 2013 09:23 AM PDT

Sudah lebih seminggu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) melabuhkan tirai namun bahangnya masih terasa.

Terbarunya, 'Hotlovers' yang merupakan kelab peminat Adi Putra telah menyuarakan kekecewaan mereka dengan jumlah undian ABPBH 2012 untuk pelakon 'Langgar' tersebut. Mereka mendakwa jumlah undian Adi Putra yang diumumkan Sabtu lalu sebanyak 24, 981 tidak tepat dan menuntut pihak penganjur mengira balik undian besertakan bukti.

Sebagai maklum balas terhadap situasi itu, Adi Putra menerusi akaun Twitternya memaklumkan bahawa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi dicalonkan di ABPBH.

       

Keputusan yang dibuat oleh Adi itu dilihat cukup drastik memandangkan kerjayanya sedang berada di puncak. GUA telah menghubungi aktor ini untuk penjelasan lanjut.

"Saya tidak ada apa-apa komen kerana itu merupakan keputusan yang telah saya buat. Dapat dilihat di Twitter ramai yang mempertikaikan jumlah undian ABPBH 2012 dan saya mengambil pendekatan ini untuk mengurangkan pertikaian," kata Adi ketika dihubungi GUA pada Isnin.

Apabila ditanya sama ada Adi menyokong tindakan para peminatnya yang mendesak agar undian ABPBH 2012 dikira semula berserta bukti kukuh, Adi dengan tenang menjawab yang dia tidak boleh menjawab bagi pihak Hotlovers. Ini kerana mereka mempunyai hak mereka sendiri untuk menyuarakan ketidak puasan terhadap isu yang timbul.

Tidak terkilan atau kecewa dengan keputusan ABPBH 2012, Adi menjelaskan yang jatuh bangun kerjayanya adalah hasil sokongan para peminat. Dia menegaskan lakonan merupakan minatnya, dan ia dilakukan khas untuk masyarakat.

"Benda yang berat kita mudahkan, benda yang ringan kita ringankan. Saya istiqomah dan tetap dengan keputusan yang diambil. Namun kadang-kadang kita tak tahu sama ada ini ujian atau sebaliknya. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya," katanya mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan