Nuffnang

Selasa, 16 April 2013

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


<b>Iqram Dinzly</b> merajuk Qi Razali kembali menjadi pengacara JJCM <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 08:37 PM PST

Tiada angin tiada ribut aktor Iqram Dinzly juga pengacara kepada rancangan popular Jalan Jalan Cari Makan(JJCM)  akan ditukarkan kepada pegacara sebelumnya Qi Razali untuk musim yang baru.

Iqram yang sebelum ini telah menerima banyak komen positif dari penontan malahan VIP merasa kecil hati apabila sebelum tamatnya dua episod terakhir musim ini dia diberitahu bahawa penukaran pengacara akan berlaku  atas kehendak penaja dan konsep baru yang akan diperkenalkan di mana pengacara tersebut perlu berlakon.

iqram

Beliau berkata, sanggup untuk menolak semua tawaran berlakon untuk fokus kepada program terbabit dan secara tiba-tiba beliau diberitahu tidak akan mengendalikan lagi program tersebut.Sempat bertanya mengapa beliau diberhentikan,pihak produksi memberitahu pemilihan Qi dibuat atas dasar penaja dan konsep yang memerlukan pengacara berlakon.Menerima alasan itu tanpa sebarang pertikaian namun jauh di sudut hati Iqram beliau memang sudah tawar hati dan merajuk.

qi

Sebenarnya tiada masalah jika konsep baru ini memerlukan pengacara tersebut berlakon  kerana Iqram sendiri seorang pelakon umumnya tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi dirinya kali ini,namun jangan terus bersedih mana tahu jika rezeki di luar sana masih banyak menanti dan teruslah bersabar dengan dugaan yang diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan