Nuffnang

Selasa, 23 April 2013

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Pelakon <b>Nur Fathia</b> & Abang Ensem Digandingkan Di Sisipan DotCom

Posted: 30 Mar 2013 09:00 AM PDT

Nur Fathia & Abang Ensem

Teruja!!

Itulah perasaan yang mampu aku gambarkan tatkala wajah ensem aku dipaparkan di sisipan DotCom semalam. Turut diketengahkan di sisipan yang sama, tak lain tak bukan pelakon meningkat naik Nur Fathia Abdul Latiff yang berkongsi kisah tentang pengalaman beliau sebagai gadis litar F1 satu masa dulu.

Aku, as usual dengan topik pelaburan hartanahnya walaupun subjek yang diketengahkan semalam agak ringan jika dibandingkan dengan artikel mahu pun kisah-kisah yang dipaparkan di media cetak sebelumnya. Apa yang menariknya dalam minggu yang sama juga, wajah aku turut tercetak di akhbar Kosmo! di bawah tajuk Sinopsis Buku "Jangan Baca Buku Ini" (JBBi). #BajetRetis

Ternyata nampaknya rezeki aku turut murah apabila beberapa panggilan telah aku terima samaada untuk projek JV memandaikan anak muda terhadap pelaburan hartanah mahu pun ingin bersekongkol sebagai pengedar buku JBBi aku. Semoga rezeki sebegini akan berterusan untuk tempoh masa yang lebih panjang lagi, insyaAllah.

Apa pun, ucapan terima kasih aku kepada wartawan Kosmo! dan  Utusan Malaysia di atas peluang yang diberikan kepadaku walaupun sebenarnya, ada ramai lagi yang lebih berhak memegang title 'Pakar Pelaburan Hartanah' itu.

AE : Harap-harap takde siapa la yang menggossipkan aku dengan Nur Fathia ni walaupun ada yang kata kami ni nampak 'sekufu'.. hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan