Nuffnang

Selasa, 23 April 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


"Dia Cukup Istimewa Buat Saya" - <b>Zizan Razak</b> | Berita Hiburan <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 09:55 PM PDT

ohartis-zizan-razak-sambut-harijadi-2

Semalam bersamaan 15 April berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun yang ke-29 Pelakon Komedi Popular, Zizan Razak. Majlis itu diadakan khas oleh peminatnya Zizan Twitter Family (ZTF).

Salah seorang teman media memberitahu bahawa Zizan menerima hadiah Iphone 5 daripada seseorang yang istimewa yang turut dipanggilnya "Sayang". Apabila disoal tentang panggilan itu, Zizan mengakui bahawa panggilan itu hanya ditujukan pada seseorang yang disukainya.

"Panggilan sayang itu ditujukan kepada orang yang saya suka. Buat masa sekarang kami masih dalam proses saling mengenali. Perkenalan kami baru juga lebih kurang tiga bulan lalu." Jelasnya.

"Cukup untuk saya katakan, dia telah membuka hati dan mata saya untuk memandangnya bukan sahaja luaran tetapi dalaman juga. Kiranya, dia cukup istimewa buat saya." Akur Zizan.

ohartis-zizan-razak-sambut-harijadi-1

Walaubagaimanapun, Zizan juga mengakui bahawa perhubungannya dengan gadis bertuah itu masih lagi diperingkat awak dan sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing untuk ke peringkat yang lebih serius. Zizan juga turut merancang untuk menamatkan zaman bujangnya di usia 30 iaitu tahun depan.

OHARTIS: BAGUS LA TU, DAH SAMPAI MASA ADA SURI HARI DAH TU. HARAP-HARAP DAPAT TENGOK ZIZAN PULAK NAIK PELAMIN TAHUN DEPAN. INSYAALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan