Nuffnang

Isnin, 27 Mei 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Enggan Jadi Cameo - Gua.com.my

Posted: 08 May 2013 12:31 AM PDT

Filem terakhir menampilkan pelakon dan pengacara, Didie Alias ialah 'Aku Bukan Tomboy' karya Shamsul Yusof. Namun, dalam filem itu Didie hanya terlibat untuk beberapa babak sahaja jika dibandingkan dengan lakonannya dalam filem 'Ghazal Untuk Rabiah' pada tahun 2007.

Mengulas sudah agak lama tidak aktif dalam bidang lakonan, Didie memberitahu bukan dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon filem, tetapi bersikap agak memilih kerana ingin wataknya di dalam sesebuah filem itu mampu memberikan impak dan bukan hanya sekadar 'cameo'.

Tambah Didie lagi, untuk terlibat dalam filem 'Oh Mak Kau' (OMK) dia mengambil masa tiga bulan untuk menyatakan persetujuan. Itupun, setelah dipujuk oleh pengarah muda, Ain Noordin beberapa kali.

"Saya menerima tawaran ini setelah dipujuk oleh Ain. Selain itu barisan pelakon 'otai' yang membintangi filem ini juga menarik minat saya untuk bergandingan bersama mereka. Saya merasakan filem ini akan menjadi benda baru. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan," kata Didie ketika ditemui di sidang media filem tersebut di The Curve, baru-baru ini.

Disaat akhir pihak 'stuntman' untuk filem OMK menghilangkan diri menyebabkan sedikit kekalutan kepada produksi itu dan Didie telah mencadangkan untuk mengambil Yassin untuk berlakon di sampingnya mengantikan kekosongan tersebut. Didie berkata dia dan beberapa pelakon lain banyak duduk berbincang dan memberikan idea kepada Ain.

"Dia turut segan untuk mengarah kami, namun kami mengambil pendekatan untuk duduk berbincang bagi mendapatkan hasil terbaik. Sebagai pengarah baru, perlu ada sokongan kuat daripada pihak produksi serta pembantu pengarah yang berpengalaman," katanya.

Sebagai orang lama dalam industri, Didie menjelaskan yang bukan senang untuk memikul tanggungjawab dan beban sebagai pengarah kerana perlu mengambi kira pelbagai aspek. Didie menyarankan agar Ain melihat semula karya sulung itu dengan mengkaji kekurangan dan kelebihan filem itu.

Dalam perkembangan lain, Artis Komedi Wanita Popular ini juga sangat sibuk dengan penggambaran untuk pelbagai program televisyen. Menurut Didie, jadual kerjanya padat sehingga bulan Ogos hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan