Nuffnang

Jumaat, 17 Mei 2013

Mawi af - Google Blog Search

Mawi af - Google Blog Search


<b>Mawi</b> Mengaku Sudah Tidak Popular Lagi | Oh! Artis

Posted: 12 May 2013 09:59 PM PDT

MAWI

Masih diingat fenomema raja SMS iaitu Mawi pernah mengegarkan industri hiburan tanahair. Kehadirannya melalui rancangan realiti TV Akademi Fantasia memang mendapat sambutan yang amat luar biasa pada ketika itu hingga dijulang sebagai Juara Akademi Fantasia Musim ketiga.

Namun, selepas berlalunya 6 tahun Mawi mengakui namanya kini semakin pudar daripada industri hiburan tanahair tetapi Mawi juga menafikan bahawa dia melupakan bidang nyanyiannya.

"Okey, popular saya dah rasa (berseloroh). Ia ada zaman tetapi, saya masih ada dalam industri…tak hilang dalam industri. Alhamdulillah masih ada orang panggil saya menyanyi. Lagi-lagi sekarang musim kempen.

"Memanglah… saya mengaku, saya tak sepopular lima, enam tahun lalu. Mungkin sudah tertulis, setakat ini tetapi saya teruskan…masih teruskan sebab saya suka dengan apa yang saya buat sekarang," katanya yang kini sedang giat mempromosikan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan, UnieQuein yang diusahakan bersama isterinya, Ekin sejak tiga bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, Mawi bakal menjadi juri tetap bagi program realiti terbaru, 'Popstar' bersama penyanyi, Nurul Wahab.

mawi-ekin

OHARTIS: BEGITULAH KEHIDUPAN SEORANG ARTIS, ADA KALA DISANJUNG TAPI TAK KAN SELAMANYA DISANJUNG. ADA PASANG SURUTNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan