Nuffnang

Rabu, 1 Mei 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Nafi Kini Bercinta Dengan Elfira Loy | ROTIKAYA

Posted: 28 Apr 2013 05:37 PM PDT

Semenjak Zizan Razak mengumumkan yang hati beliau telah di'curi oleh seorang wanita, satu per satu andaian akan siapakah gerangan wanita itu timbul & yang terbaru ianya di'khabarkan Elfira Loy.

Selepas di'gossipkan bercinta dengan Kaka dan juga Emma Ma'embong, Zizan Razak kini cuba di'kaitkan pula dengan pelakon remaja kecil molek Elfira Loy tetapi pantas dinafikan pelawak tersebut.

"Saya mengenali Elfira Loy sebagai rakan artis dan memang dia seorang gadis yang baik. Personalitinya pun menarik dan saya senang mempunyai teman seperti dia," ujar Zizan Razak kepada portal Murai.

Zizan Razak juga sekali lagi bercerita tentang gadis yang berjaya mencuri hatinya namun enggan memberitahu sama ada dia seorang selebriti atau tidak. Hadiah iPhone 5 juga masih misteri siapa pemberinya.

"Saya memang ada menyebut berkenaan seorang wanita. Tetapi saya tidak sebut pula siapakah orangnya. Sama ada artis atau tidak, habis di situ sahaja," tambah Zizan Razak yang ingin berkahwin sebelum usia 30 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan