Nuffnang

Khamis, 4 Julai 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> Sangkal Jadi &#39;Macai&#39; Untuk BN | buahmulut.com

Posted: 10 May 2013 12:57 AM PDT

Pilihanraya Umum ke 13 baru sahaja berakhir, namun ceritera semasa kempen masih lagi hangat diperkatakan terutamanya buat para selebriti tempatan yang pada masa kini sudah semakin galak menunjukkan sokongan secara terbuka terhadap parti politik yang mereka sertai. Hal ini merupakan sesuatu yang menarik jika dibandingkan dengan suasana sebelumnya.


 Adi Putra BN

Namun apa yang menjadi pertikaian masyarakat setempat adalah kelibat seorang selebriti yang bukan dikalangan Warganegara Malaysia tetapi giat berkempen bagi pihak Parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN).

Kemunculan Adi Putra di Sungai Undang Melaka bagi membantu jentera parti berkempen tidak lama dahulu mengejutkan banyak pihak lantas ianya menimbulkan perasaan kurang senang bagi sesetengah pihak akan penglibatan aktor kacak berkenaan.

Mengulas lanjut hal tersebut Adi Putra maklum dan berlapang dada dengan perasaan sesetengah pihak yang kurang senang dengan tindakanya itu, namun jelasnya juga dia mempunyai niat tersendiri kenapa beriya mahu berkempen bagi memastikan kemenangan Calon parti tersebut.


 Adi Putra BN

"Bagi saya tidak ada masalahnya jika dibadan saya ini tersarung baju yang tertera Barisan Nasional. Saya tidak nampak sebab yang kukuh kenapa saya tidak boleh pakai. Bagi saya itu adalah tanda hormat saya kepada Kerajaan Malaysia yang selama ini saya akui sejak dari dulu hingga sekarang, hanya mereka sahaja yang dilihat mampu mentadbir Malaysia dengan baik. Jadi inilah masanya saya memperlihatkan sokongan kepada mereka"

"Kalau nak ikutkan peminat saya pun ramai juga yang menyokong parti lain, tapi mereka ok je. Tidak timbul isu yang boleh membuat hubngan saya dengan peminat semakin renggang. Lagipun saya tidak dipaksa untuk memakai baju tersebut. Tapi ianya adalah kehendak saya sendiri dan dipakai secara sukarela" Jelas Adi Putra yang kami temui di Sri Pentas TV3

Dalam perkembangan lain pula Adi Putra bakal muncul dengan dramanya yang terbaru berjudul 'Teduhan Kasih' yang akan disiarkan di TV3 bermula pada 15 Mei nanti. Jelas Adi lagi kali ini dia bakal membawakan watak Ehsan seorang pemuda yang tidak memikirkan pasangan hidupnya.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan