Nuffnang

Khamis, 4 Julai 2013

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> Sorok Kisah Sedang Bercinta Dengan Hardy Hartono <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2013 08:55 PM PDT

Pelakon dan juga penyanyi, Kilafairy sebelum ini memang jarang dikaitkan dengan mana mana lelaki melainkan awal kemunculannya dulu kontroversi susuk tubuhnya yang seksi hingga digelar Angelina Jolie Malaysia dan juga pernah dikaitkan dengan pengarah filem Karak.

Sejak awal tahun lalu, kami mengikuti juga perkembangan artis ini memang agak sibuk dengan perniagaan butik pakaiannya, Rack dan terselit juga gambar dia bersama seorang lelaki dengan kepsyen yang agak menarik namun begitu Kilafairy bijak mengaburi mata pengikut-pengikutnya.

Melihat dari komen-komen peminatnya di laman Instagram ada juga yang meneka lelaki tersebut adalah pelakon dari seberang, Hardy Hartono dan pada keluaran Berita Harian semalam, gossip ini dapat disahkan apabila memang mereka kini sedang mengenali hati budi masing-masing dan berjaya menyorok perhubungan mereka lebih kurang dua tahun.

Detik perkenalan mereka bermula ketika Hardy Hartono datang ke Malaysia untuk berlakon di bawah arahan Erma Fatima berjudul Kitab Cinta dan itu merupakan percubaan pertamanya di sini dan ketika membelek majalah yang terpampang wajah Kilafairy, Hardy seakan jatuh cinta pandang pertama dan bermula dari situ mereka mula berkomunikasi.

"Kami bertukar nombor telefon termasuk Blackberry Messenger (BBM). Kami berhubung tanpa berjumpa dan hanya beberapa bulan selepas itu baru bersua muka. Menerusi komunikasi, ia menjadi kelebihan untuk saya mengenali dirinya serba sedikit. Tak sangka kami rapat sudah dua tahun."

Di sini kami selitkan video klip untuk single terbaru Kilafairy berjudul Pasti yang terselit wajah Hardy Hartono sebagai pasangan kekasihnya. Sweet!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan