Nuffnang

Sabtu, 6 Julai 2013

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> sahkan hangat bercinta dengan Hardy Hartono

Posted: 01 Jul 2013 06:30 PM PDT

Kilafairy sahkan hangat bercinta dengan Hardy Hartono - Memang benar tekaan peminat selama ini berkenaan penyanyi dan pelakon terkenal, Kilafairy yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon dari negara seberang, Indonesia.
Gosip itu mula timbul apabila Kilafairy memuatnaik sekeping gambar dirinya bersama seorang lelaki dengan bunyi caption yang agak kontroversi.

Melalui gambar tersebut, ada peminat yang meneka lelaki itu adalah pelakon dari negara seberang dikenali Hardy Hartono. Kesahihan gosip hubungan cinta mereka berdua ini telah disahkan sendiri oleh Kilafairy.

Menurut Kilafairy, perkenalan mereka bermula ketika Hardy Hartono datang ke Malaysia untuk memenuhi undangan jemputan berlakon di dalam drama Kitab Cinta di bawah arahan Erma Fatima.

"Kebetulan pula, ketika Hardy membelek majalah terpampang gambar saya dan ia membuatkan dia seakan jatuh cinta dengan saya. Bermula dari situlah kami mula berkomunikasi. Kami bertukar nombor telefon termasuk Blackberry Messenger (BBM). Kami berhubung tanpa berjumpa dan hanya beberapa bulan selepas itu baru bersua muka."

Sehingga kini, Kilafairy dan Hardy Hartono sudah berkawan rapat selama dua tahun dan mereka semakin serius untuk mengenali satu sama lain, dipetik dari myartis.

<b>KILAFAIRY</b> BERCINTA DENGAN HARDY HARTONO - KucingHitam

Posted: 01 Jul 2013 09:54 PM PDT

Selepas Asyraf Sinclair bernikah dengan Bunga Cinta Lestari, kini giliran Kilafair plak dikatakan bercinta dengan artis dari negara seberang Indonesia iaitu Hardy Hartono. Dengar kata dah 2 tahun kenal tapi rahsiakan. Diorang nie bekerjasama dalam videoklip terbaru si Kilafairy nie tajuk Pasti. Lepas nie Rohana Jalil dapat menantu orang Indonesia la hehee....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan