Nuffnang

Sabtu, 6 Julai 2013

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


&#39;Sebulatnya&#39; THE <b>FABULOUS CATS</b> (TFC) | buahmulut.com

Posted: 01 Jul 2013 08:08 PM PDT

Selepas hampir 2 tahun tanpa single terbaru, kumpulan rap/hip-hop ternama tanahair, TFC kembali mewarnai persada muzik tanahair menerusi single terbaru mereka, "Sebulatnya" bersama barisan anggota terbaru! Lagu ciptaan Cat Farish, komposer dan tonggak utama kumpulan TFC ini bersama Zizie dan anggota lama, Adeep mengenengahkan genre muzik R&B Soul yang jarang sekali dibawa oleh kumpulan-kumpulan lain dalam industri muzik tempatan kini.


Lagu "Sebulatnya" sebenarnya dicipta seawal tahun 2011. Walaubagaimanapun, rakaman single tersebut hanya siap awal tahun ini disebabkan situasi keahlian anggota TFC yang silih berganti. Pada awalnya, rakaman lagu 'Sebulatnya" menampilkan kumpulan TFC ketika dibarisi Cat Farish, Zizie, Adeep dan Wangi. Apabila Adeep dan Wangi mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut pada tahun 2012, tempat mereka diambil alih sementara oleh Afiq dan DJ Krates. Versi akhir lagu "Sebulatnya" menampilkan barisan terkini TFC iaitu Cat Farish (Baritone vocalist) dan Zizie (Tenor vocalist) bersama-sama anggota-anggota terbaru, Afif (Tenor vocalist) dan Hairool (Baritone vocalist). Afif dikesan bakatnya dari program realiti AF9 manakala Hairool pula, menariknya, ditemui bukan dari laman perkongsian video YouTube seperti lazimnya kini tetapi menerusi laman sosial Facebook.

Pertukaran anggota TFC yang silih berganti ini tidak pernah mematahkan semangat Cat Farish, pengasas dan tonggak utama kumpulan TFC untuk meneruskan kesinambungan kumpulan tersebut kerana dia melihatnya dari sudut positif.


'Sebulatnya' THE FABULOUS CATS (TFC)

"Sebulatnya"

Single terbaru ini adalah permulaan kerjasama di antara TFC dengan syarikat rakaman Nova Music. Selepas sekian lama menyepi, Nova Music merasakan bahawa ini adalah masa terbaik untuk TFC membuat comeback lalu membuat tawaran kepada kumpulan ini lewat tahun lalu untuk bekerjasama dengan Nova Music dalam penghasilan single terbaru. Dalam banyak-banyak lagu yang dicadangkan Cat Farish selaku komposer dan penerbit untuk rakaman single ini, pihak Nova Music akhirnya memilih lagu "Sebulatnya" yang mempunyai melodi dan lirik yang menarik serta permainan suara yang lain dari biasa.


'Sebulatnya' THE FABULOUS CATS (TFC)

Lagu "Sebulatnya" menampilkan sentuhan Lok Yu (Arranger/Keyboard), Benjamin Sevang (Gitar), Tripdisz (Drum) dan Illegal (Mixing). Rakaman single tersebut dibuat di studio Platinum dan SevenFourSeven dan proses mastering pula disempurnakan oleh Andrew Edgson di Studios 301, Australia.

Selepas dikeluarkan beberapa bulan yang lalu, "Sebulatnya" mula mendapat kejayaan awal di radio apabila berjaya menembusi carta 'SURIA 30', 'CATS TOP 30' dan Top 10 beberapa lagi stesen radio RTM negeri termasuk PERLIS FM, SANDAKAN FM dan MIRI FM! Lagu ini juga melatari drama bersiri popular kini, 'Epilog Cinta Khirana' yang bersiaran dalam slot Samarinda TV3 sebagai lagu tema. Drama bersiri kisah cinta mendebarkan yang hampir sampai ke klimaksnya minggu ini dibintangi ramai pelakon-pelakon hebat termasuk tonggak-tonggak utama, Tasha Shilla dan Nazim Othman dan berjaya menarik rating hampir 2 juta!


'Sebulatnya' THE FABULOUS CATS (TFC)

Klip video "Sebulatnya" diterbitkan syarikat produksi Loulpop Pictures dan diarahkan Khairul Hazwan yang pernah bertindak sebagai pengarah klip-klip video "Tapi Bagaimana" (Spider), "Pendusta" (Aliff Satar) dan Dia Lydia" (Klangit) sebelum ini. Kumpulan TFC sanggup ditahan seharian di dalam lokap untuk mengikut papan cerita video klip "Sebulatnya" yang turut menampilkan Tasha Shilla dalam satu adegan pembunuhan mengejutkan!

Muzik video "Sebulatnya" akan dimuatnaik tidak lama lagi dan sementara itu, ini merupakan video 'behind the scene' dan juga teaser untuk muzik video "Sebulatnya"

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2013 03:23 AM PDT


The <b>Fabulous Cats</b> - Sebulatnya (2013) mp3 - Music/Audio » JWG <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2013 12:33 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]... Fabulous Cats - Sebulatnya (2013) mp3. The Fabulous Cats - Sebulatnya (2013) mp3Click Here For Full Speed Direct Download ... single terbaru dari kumpulan "The Fabulous Cats".. *No copyright infringement intended, ...

<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 04 Feb 2013 03:41 AM PST


<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 19 Nov 2012 03:13 AM PST


<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 18 Nov 2012 03:33 AM PST


<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 15 Nov 2012 03:05 AM PST


<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 14 Nov 2012 03:27 AM PST


<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 09 May 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2012 12:00 AM PDT

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 12:00 AM PDT


Muzik Video Wangi Julianda - Lara. Ost Filem Mantera » Wassupz!

Posted: 08 May 2012 06:59 PM PDT

09/05/2012 by Staff Wassupz! | Filed under Muzik, Video, Wassupz! Tempatan.

Penyanyi dari Indonesia ini mula mencipta nama di Malaysia apabila menyertai kumpulan The Fabulous Cats bersama Cat Farish.  Kini Wangi Julianda sudah bergerak solo dan tampil dengan lagu terbarunya iaitu Lara. Lagu ini juga merupakan soundtrack unutk filem yang menjadi sebutan ramai iaitu Mantera, filem aksi robotik yang dilakoni oleh Tomok.

Semalam berlansungnya perlancaran muzik video "Lara" yang dibuat di stesen radio Era dan sebuah blog hiburan, Ohbulan. Jadi hari ini kami pula ingin berkongsi MV ini. So cekidot!



   

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan