Nuffnang

Isnin, 22 Julai 2013

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Kongsi Gambar Ibadah, <b>Nora Danish</b> Kena Kritik | ROTIKAYA

Posted: 15 Jul 2013 06:18 PM PDT

Masuk bulan Ramadan, laman laman sosial juga tidak ketinggalan di'hujani dengan gambar mereka yang rajin menunaikan ibadah dan Nora Danish salah seorang daripada mereka yang suka berkongsi.

Mungkin kerana status selebriti popular yang beliau pegang, ada segelintir individu yang menyalah erti niat Nora Danish berkongsikan gambar beliau menunaikan solat sunat Tarawih baru baru ini.

"Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka berkongsi macam macam gambar dengan peminat"

"Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Tarawih — akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya," jelas Nora Danish.

Beliau turut berkata tidak faham kenapa ada individu gemar memberikan komen sebegitu dan tidak berniat membalas kritikan yang datang kerana peminat yang menyokong beliau sentiasa ada bersama.

"Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang 'dia'. Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya," tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan