Nuffnang

Ahad, 25 Ogos 2013

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> Fokus Kerjaya, Tak Mahu Perkara Lepas Berulang - RotiKaya

Posted: 21 Aug 2013 06:29 PM PDT

Penyanyi dan Pelakon Aliff Aziz telah memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk memfokuskan dirinya dalam kerjaya seni yang kini mencurah-curah rezekinya lebih-lebih lagi dalam dunia lakonan.

"Alhamdulillah saya bersyukur sekali dengan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T dalam diari kerjaya seni saya apabila tawaran berlakon dan menyanyi datang dalam keadaan serentak dan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka anjuran RIM bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.

Jelasnya lagi pengalaman lepas mengajarnya menjadi lebih matang dalam soal percintaan.

"Sebelum ini banyak orang bercerita mengenai kisah percintaan saya yang 'separuh jalan' itu dan saya tak nafikan bahawa saya 'frust' juga tetapi tidaklah sampai seteruk yang mungkin kerana apabila difikirkan semula banyak lagi tanggungjawab yang perlu saya pikul dan saya cukup bersyukur sekali kerana keluarga dan sahabat banyak membantu dan menyokong saya supaya terus bersemangat dalam menghadapi dugaan".

Aliff Aziz juga turut berkongsi menceritakan mengenai persiapan albumnya yang ke-4, yang akan muncul pada sekitar tahun hadapan.

"Kini saya dalam proses untuk mengumpul material yang ada, dan InsyaAllah single akan keluar tidak lama lagi dan album penuh akan dilancarkan pada tahun hadapan", katanya.

Dia juga turut memuatkan lagu-lagu cover yang dinyanyikannya di dalam laman sosial YouTube sebagai medium untuk berinteraksi dan berkongsi lagu-lagu yang dinyanyikannya bersama peminat.

"Peminat-peminat semua boleh ke laman YouTube untuk menyaksikan saya menyanyi lagu-lagu cover dan apa sahaja di sana. Saya juga akan membuat satu channel khas di situ untuk peminat-peminat saya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan