Nuffnang

Sabtu, 3 Ogos 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Ibu <b>Fizz Fairuz</b> mahu Almy Nadia – Perak Today

Posted: 30 Jul 2013 05:09 PM PDT

fiz n nadia

Setelah insiden putus tunang bersama isteri orang dalam satu majlis rahsia pada 10 Februari lalu, pelakon Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, kini lebih berhati- hati dalam menjalinkan perhubungan.

Pelakon drama "Nur Kasih" ini turut mengakui ibunya ada meletakkan syarat kepadanya agar berkahwin dua tahun lagi dan bertunang dua jam sebelum ijabkabul.

Malah, ibu kepada aktor ini juga pernah menyuruhnya kembali bersama dengan Almy Nadia selain memperkenalkan Fizz dengan beberapa wanita yang boleh dijadikan calon isteri.

"Mak saya, sejak dia tak berapa sihat ni dia asyik selalu tanya, bila nak kahwin? Sebagai anak, saya iyakan saja dan saya kata pada dia, InsyaAllah kalau ada jodoh.

Lepas tu dia mula lah buka topik nak kenalkan saya dengan beberapa gadis. Ada yang bekerja sebagai doktor. Dia juga ada sebut-sebut nama Almy. Dia ada suruh saya balik (bercinta) semula pada Almy," kata Fizz Fairuz kepada Malaysian Digest.

Dalam pada itu, Fizz juga memberitahu semenjak berstatus solo, ramai wanita yang cuba mendekati dirinya termasuklah golongan berada dan kerabat diraja.

Namun, Fizz yang tidak mahu kejadian lalu berulang kembali mengatakan tidak mahu terlalu rapat dan menganggap mereka sebagai kenalan biasa. Jelas Fizz, mungkin karakternya yang mudah mesra dengan semua orang membuatkan mereka tersalah anggap dan menaruh hati.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Almy Nadia, Fizz mengatakan dia masih berhubung dengan Almy tetapi sebagai kawan biasa.

"Sekarang ni saya memang ada berhubung dengan dia (Almy). Bezanya dulu, kami sangat rapat. Sekarang ni kami dah jarang – hanya kawan biasa. Saya pun tak mengharap sangat. Tapi jodoh semua tu di tangan Allah, kita tak tahu lagi. Kami profesional dan boleh bekerjasama.

Saya baru habis penggambaran dengan dia drama "Seiring Sejalan Raya" untuk RTM sebanyak 13 episod."

- Tupai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan