Nuffnang

Jumaat, 23 Ogos 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Najwa Latif</b> Dapat Duit Raya RM500 - Gua.com.my

Posted: 15 Aug 2013 09:00 AM PDT

Penyanyi Najwa Latif, 18, masih lagi mendapat duit raya daripada ahli keluarganya walaupun mempunyai pendapatan sendiri melalui kerjayanya sebagai seorang penyanyi.  Najwa menjelaskan sudah menjadi kebiasaan bagi keluarganya memberikan duit raya kepada ahli keluarga yang belum berkahwin.

"Tahun ini saya masih lagi mendapat duit raya. Saya dapat kumpul kira-kira RM500 dari sanak saudara dan keluarga saya. Sudah menjadi satu tradisi bagi keluarga saya iaitu bagi sesiapa yang masih bujang, mereka masih layak untuk mendapat duit raya walaupun telah bekerja," cerita Najwa ketika ditemui di Rumah Terbuka Johara ERA fm pada Khamis.

Mengulas mengenai perkembangan seninya, Najwa menjelaskan kerjayanya dalam lapangan hiburan berlangsung seperti biasa. Namun begitu, Najwa kini memperlahankan aktiviti seninya buat seketika kerana pada minggu hadapan, dia bakal menghadapi peperiksaan akhir semester.

"Kerjaya seni saya berjalan seperti biasa. Saya ada perancangan untuk membuat 'gathering' sempena Hari Raya bersama peminat, namun semuanya masih dalam perancangan. Memandangakan saya akan menempuhi peperiksaan akhir semester minggu hadapan, jadi buat masa sekarang saya hanya fokus untuk mengulang kaji pelajaran," tutur Najwa lagi.

Menceritakan mengenai sambutan Syawalnya tahun ini, Najwa menjelaskan Syawal kali ini diraikan dengan begitu meriah sekali.

"Seperti kebiasaannya, saya pulang berhari raya di Batu Pahat, Johor. Kali ini, saya telah pulang ke sana empat hari sebelum raya untuk melakukan persiapan. Saya rasakan raya tahun ini lebih meriah dari tahun lepas kerana kami sekeluarga dapat berkumpul beramai-ramai bagi merapatkan lagi jalinan silaturrahim," jelas gadis manis ini.

Ketika ditanya adakah dia menyambut Aidilfitri bersama ayahnya, Najwa enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Maaf, kalau boleh saya enggan mengulas lanjut mengenai perihal peribadi dan keluarga saya. Saya mahu dikenali sebagai seorang penyanyi melalui bakat, muzik dan lagu yang saya pertaruhkan dan bukannya melalui kisah-kisah peribadi. Saya harap semua dapat faham dengan situasi dan pendirian saya ini," ujar Najwa mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan